Seram : 4 Rumah Hantu




Assalamualaikum dan salam sejahtera

 SERAM

Entry kali ini angah nak cerita tentang kisah angah ke tempat-tempat menyeramkan yang terdapat di Malaysia. Setakat hari ini,4 tempat yang menyeramkan sudah angah pergi.Apa yang angah nak ceritakan adalah pengalaman angah yang seram dan agak menakutkan.
Rumah Mona Fendi

Angah pergi ke rumah Mona Fendi pada penghujung semester pertama. Sebenarnya tak rancang pun nak ke rumah itu,tetapi memandangkan angah belajar di Shah Alam,rumah Mona Fendi juga di Shah Alam,jadi kami teruskan juga ke rumah Mona Fendi. Kami seperti tersesat untuk mencari jalan keluar apabila dua kali kami asyik berpusing di tempat yang sama. Selain itu,kelihatan seorang lelaki yang berada di bawah pondok payung di penghujung jalan itu. Lelaki itu seperti sedang menjaga sesuatu.Akhirnya kami dapat juga bergerak ke tempat lain selepas itu.
 ENTRY berkenaan Mona Fendi 1 | 2 | 3 | 4 |

Bukit Tungku
Angah pergi ke Bukit Tungku bersama rakan lain kerana mahu menghabiskan malam terakhir semester kedua. Memandangkan kawasan di Bukit Tungku terdapatnya banglo-banglo mewah serta banglo yang ditinggalkan,jadi kami bergerak ke kawasan itu. Beberapa kali pusing,kami seperti tidak dapat melihat langsung rumah banglo yang dicari.Akhirnya kami menjumpai sebuah rumah yang kelihatan gelap gelita. Kami turun daripada kereta dan bergerak ke rumah itu. Masing-masing diminta untuk berada di tempat yang berbeza. Apa yang angah dapat rasakan adalah,bunyi tapak kaki seseorang di kawasan semak,tetapi bila angah perhatikan,tiada sesiapa langsung.Mungkin itu hanyalah binatang atau bunyi daun jatuh.Akhirnya setelah bosan menunggu sesuatu,kami bergerak keluar daripada kawasan itu.


Gate Belakang Zoo Negara

Pada malam yang sama seperti ketika kami ke Bukit Tungku,kami teruskan perjalanan ke kawasan Zoo Negara. Dipercayai kawasan gate atau gerbang pintu belakang Zoo Negara merupakan tempat yang misteri. Setelah kami sampai ke kawasan itu, kami berpecah mengikut kawasan masing-masing. Apa yang angah dapat perhatikan adalah terdapat tali rentang seperti yang selalu kita lihat ketika kemalangan berlaku.Tali itu berpusing laju seperti terdapat anginyang kuat,sedangkan angah tak rasa angin langsung. Bila angah tengok atas,tidak terdapat langsung pokok yang bergerak seperti ditiup angin. Selepas beberapa minit,kawan angah menyuruh kami semua segera masuk ke dalam kereta dan bergerak keluar kerana dia menyedari kehadiran sesuatu.

Rumah Dr Frenzy

Rumah Dr Frenzy atau doktor gila terdapat juga dikawasan zoo negara. Kami bergerak ke rumah dr frenzy. Apa yang angah dapat lihat adalah,terdapat rumah yang berlampu berhampiran dengan rumah dr frenzy,jadi keadaan di situ tidaklah menakutkan. Kami semua turun daripada kereta dan bergerak ke garaj dr frenzy tersebut. Tiada apa yang menakutkan atau menyeramkan bagi angah ketika itu,tetapi selepas itu,kawan angah beritahu bahawa garaj yang kami pijak tadi itu adalah tempat dr frenzy menyimpan mayat anaknya. Terus angah rasa seram.

Sekian.


9 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. aaa berani nya. kalau saya mmng dah chaw terus.

    ReplyDelete
  4. betul2 seram ni... huhuh

    pssttt datang dari segmen mak dara...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. takutnya.. rumah Mona Fendi.. teringat kes time tuh TT^TT (kes tu yg seram....)
    and disebabkan rumah beliau* pun menjadi sejarah case tu... :'(

    sayangnya rumah besar, rumah banglo tapi takdak org duduk... TT^TT

    tatau plak gate blakang zoo pun tempat misteri ahaha XDD apa boleh buat.. apa sbb belakang tuh bunyi macam "keras" je?

    owh yg last takleh tahan.. Dr.Frenzy tuh org kurang siuman jadi doktor atau Doktor Sakit Mental? owh no... seramnya.....

    ReplyDelete
  7. AKU TAKKAN PERGI LAGI! SEKALI PERGI DAH SERAM >_<

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post