Review Filem : Murder on the Orient Express



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Entri kali ini aku akan kongsikan dengan anda semua tentang review sebuah filem keluaran Holywood. Sudah lama rasanya tak buat filem review , jadi kali ini aku tergerak hati nak review sebuah filem hebat ini.

......................................................

Murder on the Orient Express merupakan sebuah filem keluaran tahun 2017. Sebuah filem misteri dan drama diarahkan oleh Kenneth Branagh dan lakonl ayar oleh Michael Green Dafoe, filem ini adalah berdasarkan sebuah novel yang mempunyai nama sama. Novel itu dikeluarkan pada tahun 1934 dan di tulis oleh Agatha Christie.

Plot :-

Poirot, seorang detektif terkemuka dunia terpaksa menyelesaikan satu pembunuhan di dalam keretapi rentas Eropah yang terkemuka pada tahun 1930-an.



Pelakon :-

  • Kenneth Branagh - Hercule Poirot
  • Tom Bateman - Bouc
  • Penelope Cruz - Pilar Estravados
  • Wilem Dafoe - Gerhard Hardman/Cyrus Bethman
  • Judi Dench - Princess Dragomiroff
  • Johnny Depp - Edward Ratchett/John Casseti
  • Josh Gad - Hector MacQueen
  • Derek Javoci - Edward Henry Masterman
  • Leslie Odom Jr - Dr. Arbuthnot
  • Michelle Pfeiffer - Caroline Hubbard/Linda Arden
  • Daisy Ridley - Mary/Hermione Debenham
  • Olivia Colman - Hildegarde Schmidt
  • Lucy Boynton - Countess Helena Andrenyi/Helena Goldenberg
  • Marvan Kenzari - Pierre Michel
  • Manuel Garcia-Rulfo - Biniamino Marquez
  • Sergei Polunin - Count Rudolph Andrenyi
  • Miranda Raison - Sonia Armstrong

Filem ini mendapat kutipan USD 350 juta bagi kutipan di seluruh dunia.

......................................................

Review :-





Plot - Dari segi plot, aku sangat suka apabila filem sebegini yang mempunyai beberapa twist plot. Beberapa plot di awal filem sudah menunjukkan betapa hebatnya detektif ini. Disebabkan aku tidak penah membaca novel cerita ini , makanya bila aku menonton filem semuanya berdasarkan apa yang berlaku. Smeuanya tidak terjangka. Yang paling aku terkejut apabila kesemua yang berada di dalam keretapi itu berkomplot dan mempunyai pertalian.

Pelakon - Semua pelakon patut dipuji dan diberi penhargaan. Semua watak menjadi dan karakter mereka nampak hidup. Smeua mereka bijak menjadi pelakon. Dalam ramai-ramai pelakon di dalam filem ini , sudah tentunya yang menjadi kegemaran aku adalah Johnny Depp walaupun wataknya hanyalah sekejap sahaja kerana beliau dibunuh.



Babak - Dari segi babak atau "scene", ada beberapa yang aku suka , antaranya babak di Istanbul di mana ianya memperlihatkan kecantikan tempat itu ketika 1930-an. Selain itu, babak ketika keretapi sedang memulakan perjalanan cukup menarik apabila orang di sekeliling melambai-lambai.

CGI - Ada beberapa kelemahan dapat dilihat dari segi Imej Janaan Komputer. Ada beberapa CGI yang dilihat tidak menjadi apabila boleh dikesan ianya adalah CGI. Sepatutnya , CGI yang dihasilkan perlulah mempunyai kualiti yang sama seperti sesuatu yang "Real". Walaubagaimanapun usaha itu patut dipuji kerana untuk menghasilkan CGI bukanlah sesenang yang disangka.

Secara keseluruhannya, aku memberikan 87.65% kepada filem ini kerana beraya membuatkan aku melopong dan terkejut apabila mengetahui apa yang terjadi selepas klimaksnya. Walaupun filem ini dikeluarkan pada tahun 2017 ,rasanya tidak mengapa jika review di adakan pada tahun 2018.

Sekian.

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. tak sempat nak tengok lagi movie ni. Memang ramai yang kata best

    ReplyDelete
  2. Tak kesah lah plot cam ne pon..nk tgok..ada Johny Depppp hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post