Punca Bekalan Air Di Selangor Dan KL Terjejas [Gambar]



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
SHAH ALAM - Suasana gembira cuti umum sempena sambutan Hari Kebangsaan pada hari ini bertukar menjadi hambar bagi sesetengah penduduk di sini dan Klang berikutan penutupan operasi empat loji rawatan air sejak semalam kerana tumpahan diesel di Sungai Selangor.


    
Penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1),  Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang semalam dijangka memberi kesan hampir sejuta pengguna atau 57 peratus penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.
    
Seorang juruwang sebuah restoran ketika ditemui Bernama di sini pagi ini berkata bekalan air sudah mula tiada sejak semalam dan kini restoran berkenaan hanya bergantung kepada air tangki yang tidak diketahui sampai bila boleh bertahan.

bekalan air terjejas di selangor
    
Abdul Mutalib Syed Muhamad berkata ketiadaan air itu juga telah  memberi kesan kepada operasi restoran itu dengan jumlah pelanggan datang untuk bersarapan agak kurang.
Beliau berharap bekalan air dapat dipulihkan seawal yang  mungkin.
Seorang pengusaha kedai dobi di Seksyen 11 di sini yang hanya mahu  dikenali sebagai Chai berkata beliau menyedari bekalan air telah tiada semasa membuka kedai pagi ini.
Beliau berkata beberapa pelanggan yang datang untuk menghantar baju untuk dicuci di kedainya tidak jadi berbuat demikian apabila diberitahu tiada bekalan air.

bekalan air terjejas di selangor
    
"Air tangki yang ada tidak cukup untuk mencuci baju dalam kuantiti  yang banyak.  Kita hanya buat dry-cleaning dan hand-wash untuk hari ini kerana tidak memerlukan banyak air," katanya yang berharap bekalan air dapat dipulihkan segera.
Seorang penduduk Taman Seri Andalas, Klang Roszita Mohd Tauhid berkata bekalan air di kawasan perumahan itu terputus sejak malam tadi.
"Air tiada dari malam tadi dan sejak pukul 4 petang semalam bekalan air mula perlahan. Bekalan air terputus kira-kira pukul 10 malam tadi,"  katanya.
Beliau berharap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dapat menghantar bekalan air bagi membantu penduduk kerana ada yang mengadakan kenduri kahwin pada hari ini. - Bernama. Gambar sumber Astro Awani & SH

Sumber : sini

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post