Love You Mr. Arrogant TV3



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sinopsis Love You Mr. Arrogant TV3. 


Zaara Amirah mempunyai impian yang sama seperti impian gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...
Pelakon Love You Mr. Arrogant. Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham dan Zara Zya sebagai Zaara Amirah, Hanez Suraya, Keith Foo dan ramai lagi.

Lagu Tema/Lagu Latar Love You Mr. Arrogant
Tetap Menanti - Nomad

Tonton online di www.tonton.com.my - Love You Mr. Arrogan 

*Best ke citer ni?? Korang dah tengok??Angah belum lagi. :P 

16 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. hihi....cik akak memang layan slot akasia nie dik..
    tinggal 14 episod je lagi....

    ReplyDelete
  2. shark x layan lnsung drama nie..
    hehe..
    dop minat.
    tp lagu ost dia best.

    ReplyDelete
  3. Tak follow bebetul cerita ni. Dah cuti bolehlah tengok. Hehe

    ReplyDelete
  4. hehehehe..lebih suka memebaca novel dari nonton adaptasi..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post