Penanggal!!!???




"Penanggal merupakan filem bercorak drama cinta seram dalam bentuk ‘period movie’ yang membariskan pelakon handalan seperti Umie Nazeera, Azri Iskandar, Normah Damanhuri, Fasha Sandha dan Zulkiflie Ariffin.
Penanggal juga merupakan sebuah filem yang boleh dikatakan unik apabila pengarahnya Ellie Suriaty telah menggabungkan tiga budaya yang berlatarkan tahun 1930-an.
“Saya rasakan, mengapa tidak jika saya gandingkan tiga budaya ini. Latar masa filem ini adalah di sekitar tahun 1930-an. Orang Arab sudah lama bertapak di sini, begitu juga orang Jawa yang datang ke Tanah Melayu.
“Menarik untuk saya selami dan meneroka budaya-budaya tersebut dalam filem ini,” ulas Ellie lagi yang juga menjelaskan bahawa  jalan cerita filem ini yang mempertemukan tiga budaya iaitu budaya Arab, Jawa dan Melayu.
Ini merupakan filem pertama arahan Ellie dan menjalani penggambaran pada bulan Disember 2011 sehingga Januari 2012." Sumber 

Jom ramai-ramai menonton filem seram ini.Sebenarnya dah lama angah tak tengok filem dekat panggung wayang.Hehe,bukannya tak nak tengok,cuma tak sempat,bizi dengan kesibukan harian :D
Penanggal 

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post