Susah dilenturkan..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar?Alhamdulillah kita masih lagi mampu hidup dalam keadaan yang tenang dan damai.
Kadang-kadang angah rasa macam dah penat menjadi seorang yang kononnya baik.Ye lah,tak pernah angah melepak dengan kawan2 angah.Tak pernahnya angah hisap rokok,tak pernahnya angah ponteng kelas. Tak pernahnya angah datang lambat ke fakulti. Tak pernahnya angah marah orang.Mencarut??Lagi lah angah tak sebut.

Bukannya angah nak mendabik dada,cuma angah rasa kadang-kadang menjadi diri sendiri adalah lebih baik.Walaupun sebenarnya angah memang nak ikut apa yang diorang buat.Cuma bila angah fikir dengan lebih lanjut lagi.Baru angah sedar bahawa apa yang angah buat selama ini sudah tepat dan betul.
Bukannya angah nak berlagak.Cuma hasilnya anda akan dapat.Walaupun bukan  serta merta,tapi mungkin pada masa yang lain.Angah selalu tidur 12.00 malam.Terlalu awalkah itu?Ada beberapa kawan angah yang pukul 4 pagi masih bersembang dan berbual.Keesokkan harinya?Lewat + terpaksa ponteng kelas. Ataupun dalam kelas mengantuk.Angah rasa mungkin diorang dah besar dan sukar untuk dibentuk lagi.

Alhamdulillah angah dididik oleh parents angah supaya tidak keluar malam + online hanya sekadar pukul 12.00 malam.Masuk tidur awal.Tak payah membazir masa untuk buat perkara-perkara berfaedah.Beatapa bersyukurnya angah.
Tak lupa jugak dengan didikan guru-guru + pengalaman di SBP Sekolah Berasrama Penuh yang mengajar angah untuk menjadi seorang yang berdisiplin.Kini angah sedar yang betapa berbeza nya antara budak SBP dengan budak2 sekolah luar.Mungkin juga ada jugak yang baik,apa yanag angah katakan kat sini adalah secara am dan bukan secara khusus.Mungkin ada yang lebih baik  daripada SBP tapi sememangnya sebegitu.
Apa yang angah katakan ni adalah bedasarkan sekitar angah.
Sekian. 

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. btl kalau nak didik biarla dari awal..kalau suda menjadi kebiasaan memang mcm tu la sukar sudah nak di lentur

    ReplyDelete
  2. sebab itu didikan ibu bapa penting agar dapat melentur sikap anak2

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post