"Selamat Hari Ibu"



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Selamat Hari Ibu"

Kecoh di Twitter tentang sambut hari ibu. Ada yang kata sambut hari ibu adalah haram.Ada pulak yang kata bahawa sambut hari ibu salah disisi agama. Dan ada pula yang kecoh mengatakan sambut hari ibu haram,tetapi sambut aniversary couple halal pula.
Secara jujur dan ikhlas,pendapat angah ialah,angah rasa sambutan hari ibu adalah boleh je,tapi yang terbaik adalah kita sambut dengan mentaati ibu kita,setiap perkara yang disuruhnya. Mungkin boleh je,kalau hari ibu,kita nak bawak ibu kita pusing satu dunia.
Sebab kalau orang lain yang kata sambut hari ibu setiap hari,takkan nak bawak ibu ke seluruh dunia setiap hari kan? Mungkin kita boleh setiap hari,bila bangun,dengan muka tak mandi,terus pergi ke ibu kita dan cium dia.
Apa yang angah selalu buat adalah setiap kali berdoa selepas solat,angah akan doakan kesejahteraan ibu angah.Semoga ibu angah dikurniakan kesihatan yang bagus dan juga dapat keredhaan Allah S.W.T dalam setiap apa yang ibu angah lakukan.
Angah rasa itupun dah cukup oke. Yang penting kita tak lakukan benda-benda yang boleh menyebabkan ibu kita mengalirkan air mata,sudah la.
 Sekian.
 
 
 
 

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. selamat hari ibu untuk semua ibu di seluruh dunia..

    ReplyDelete
  2. Pendapat SA plak terpulng pd kefahaman dan jgn la sambut sampai tersalah akidah...just jgn terlalu taksub sgt...by the way Selamat hari ibu buat semua ibu di luar sana..we have our own style to appreciate our mom kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post