Kenapa saya suka Dato' Siti Nurhaliza??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.








Tidak malu untuk angah jelaskan bahawa angah merupakan peminat tegar penyanyi No 1 negara iaitu , Dato' Siti Nurhaliza. Angah mempunyai lebih daripada 60 koleksi lagu-lagu beliau dan juga 30 koleksi video nyanyian dan persembahan beliau. Sememangnya angah meminati beliau sebagai seorang ikon dan juga seorang yang mampu memberi inspirasi untuk angah berjaya seperti beliau.

.............................................

Penyanyi Terbaik Malaysia

Beliau  merupakan satu-satunya artis yang mempunyai rekod bersih , iaitu tiada sebarang gossip dan juga cerita-cerita tidak sedap didengari daripada beliau. Beliau juga merupakan artis yang berpakaian tidak seksi langsung , meskipun beliau sudah popular. Berlainan dengan artis- artis lain , keseksian mereka menjadi salah satu sebab mereka menjadi popular.  
Bakat dan kebolehan beliau membuatkan beliau disukai ramai. Ianya terbukti apabila di awal penglibatan beliau di dalam industri , beliau sudah berjaya menjadi Artis Paling Popular di usia 18 tahun. Beliau merupakan artis yang tidak pernah putus-putus menerima pelbagai anugerah dari awal kariernya sehinggalah sekarang.


......................................................................



Sumber Gambar : Instagram CTDK

Question : What has been your motivation since day one to achieve what you have today?

Dato' Siti Nurhaliza : "You need to know that it is not impossible. You need DREAMS, GOALS , DETERMINATION. When I was 17 , I said I wanted TO SING and I DID. Then , I said  I wanted to have my FIRST CONCERT before I turned 20. IT HAPPENED. When I was 19 , I wanted to TOUR THE WHOLE MALAYSIA , which I DID. And then I wanted to TOUR INDONESIA , THAT HAPPENED TOO. I told myself I would one day PERFORM IN ROYAL ALBERT HALL , I had my SOLO CONCERT there in 2005.
You need to dare to go far , the competition is tough but you must always remind yourself that you can do it , at the same time , you must always learn new things , only when you experience things can you learn about life. 
.........................................................................

Sememangnya , angah sendiri meminati beliau sejak zaman angah masih kecil. Impian angah ialah mahu pergi ke konsert beliau , tetapi sehingga sekarang , angah masih belum pernah menjejakkan kaki ke konsert beliau. Apa -apa pun angah masih lagi meminati beliau sebagai salah seorang artis yang terbaik di Malaysia. Rasanya tiada lagi mana-mana artis yang mampu menarik perhatian angah seperti beliau.

Boleh dikatakan jika beliau tidak memnuat persembahan di mana-mana majlis anugerah , semestinya anugerah tersebut akan menjadi hambar. Begitulah betapa hebatnya seorang Siti Nurhaliza yang angah kenali.

Sekian. 
 

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Saya pun peminat tegar Dato Siti Nurhaliza. Siap hafal lagu lagi hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post