Kenangan 1 : PERWIRAfm



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini , angah terpanggil untuk menceritakan suatu kenangan terindah. Suatu perasaan yang angah tak dapat nak gambarkan hanya menggunakan kata-kata. Ianya merupakan satu impian menjadi kenyataan. Memang sangat seronok dan istimewa.
Gambar di atas menunjukkan  ketika angah bersama pasukan Wind Orchestra UiTM. Ianya merupakan suatu pengalaman yang istimewa kerana sebelum ini , kali terakhir angah main wind orchestra hanyalah ketika di sekolah menengah. 
 Smemangnya wind orchestra merupakan penyebab utama angah masuk ke dalam bidang muzik. Walaupun ianya dikatakan bidang yang negatif ,persetankan semua anggapan orang lain. Yang penting angah suka dengan apa yang angah lakukan.
 Di dalam konsert ini juga , angah merasai pengalaman baru , kerana angah bermain instrument yang baru iaitu Bass Clarinet. Alhamdulillah. Semuanya jadi nyata. Untuk pengetahuan semua , itu adalah gambar ketika tahun 2014. Angah pernah menceritakannya di dalam entry  Perwira Debut Konsert.
Apa-apa pun ianya merupakan pengalaman yang tak boleh dilupakan. Terima kasih semua.

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post