#Cabaran20Hari Pengalaman Sahur



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Cabaran seterusnya ialah mengenai Pengalaman Sahur.

Pengalaman sahur di rumah.
Untuk sahur di rumah, selalunya angah akan bangun ketika makanan semuanya telah terhidang di meja. Semuanya kerana mak angah dah sediakan. Kadang-kadang angah sangat susah untuk bangun. Bila nak makan makanan yang ada di atas meja, seperti tak lalu nak makan. Tak ada selera.
Pernah sekali, angah sahur di rumah tokwan angah. Ketika itu banjir di kampung. Jadi, kami bersahur di bahagian atas rumah memandangkan di bahagian bawah dipenuhi air banjir. Memang seronok.  
 Pengalaman sahur di sekolah.
Angah tinggal di asrama dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan lima. Apa yang angah boleh katakan ialah , seronok. Sebab apa? Bila tibanya waktu sahur, akan datang warder mengetuk semua pintu dorm. Kemudian, warder tersebut akan menjerit, "Ayam... ayam..!!"
Apabila semua orang turun ke dewan makan nak makan sahur, rupanya ikan kering sahaja. Bukannya ayam seperti yang dijerit oleh warden. Hahaha, memang sampai sekarang angah masih ingat kejadian itu. 
 #Cabaran20Hari

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. seronok pengalaman kat asrama.. dulu kak yoorin sekolah kat sekolah berasrama.. tapi x duduk asrama.. bila kengkawan yg duduk asrama dok cerita , macam best je.. Teringin nk duduk asrama.. tp mak x kasi pulak..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post