#Cabaran20Hari Aktiviti Di Pagi Raya



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Aktiviti Di Pagi Raya

Untuk hari raya , angah pernah mengalami dua keadaan. Pertama, angah berhari raya pertama di kampung , yang kedua pula angah berhari raya pertama di rumah.


Hari Raya Pertama Di Kampung

Apabila di kampung, aktiviti pagi raya ialah bangun pagi. Kemudian, bersarapan. Sementara pagi masih awal, memang akan rasa awkward, sebab hari sebelum itu, tak boleh bersarapan. So ianya macam janggal sedikit. Lepas bersarapan, mandi dan kemudian memakai pakaian hari raya. Pernah suatu ketika , baju raya angah tak siap. Di bahagian butang baju melayu, mak angah tak sempat nak siapkan. Walaubagaimanapun angah tetapi nak pakai juga baju tersebut.
Kemudian , angah akan ke surau ataupun masjid untuk solat hari raya. Selepas selesai solat, bermulalah sesi bermaaf-maafan di rumah bersama sanak saudara. Zaman kecil, angah lebih memikirkan duit raya berbanding sesi bermaaf-maafan. Ketika bermaaf-maafan bukan sahaja salam dihulur tetapi juga duit raya. Selepas itu , angah akan berjalan-jalan dengan adik beradik, mengutip duit raya di sekeliling kampung sehinggalah kutipan yang diterima sudah cukup.

Hari Raya Pertama Di Rumah

 Bila beraya di rumah sendiri, suasana yang lain. Tapi bila dah banyak kali, ianya seperti dah menjadi kebiasaan. Di rumah, angah akan bangun awal, itupun jika ada yang kejut. Kemudian, bersarapan dan bersiap-siap untuk solat di surau yang terletak berdekatan dengan rumah. Habis solat, sesi bermaaf-maafan. Lepas itu, terus balik ke kampung yang terletak hanya beberapa minit sahaja dari rumah. Sejak angah tinggal di rumah yang baru iaitu ketika 2006, boleh dikatakan hampir setiap tahun beraya di rumah dahulu kemudian baru pulang ke kampung.
Lepas itu , mungkin di waktu petang ataupun pada tengah hari, akan bertolak ke kampung satu lagi yang terletak di Jitra. Kampung yang pertama di Kulim. Sememangnya begitulah rutin harian angah pada hari raya pertama. 
 
 Sekian

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post