#Cabaran20Hari Memori Raya 90an Atau Zaman Kanak - Kanak

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Cabaran kali ini berkenaan memori raya ketika zaman kanak-kanak. Bila difikirkan , banyak cerita dan kisah-kisah menarik yang bermain di minda.

Cerita Pertama 

Zaman angah kecik , bila raya pertama , angah dengan kakak angah akan pergi ke setiap rumah yang ada dalam kampung angah. Memang seronok, bila pergi rumah orang , perkara pertama yg difikir ialah duit. Bila ada yang bagi duit raya RM0.50 , merungut. Sebab orang ramai yang bagi RM1.00. 
Last angah pergi raya jalan-jalan dengan adik angah time angah darjah 6. Boleh angah jumpa dengan sorang budak kampung tu , pastu jalan sama-sama. Dah la tak kenal. hehe. Tapi makin lama , angah dah tak dapat nak rasa pengalaman tu dah. Sebab dah besar kan.. 


Cerita Kedua 

Bila tiba malam raya , memandangkan angah seorang sahaja lelaki dalam adik beradik , maka angah ikut apa yang adik beradik angah selalu buat iaitu memakai INAI. Bila difikirkan balik, malu jugak bila lelaki pakai inai. Bila malam raya , lepas buka puasa, rehat kejap , lepas tu terus memulakan sesi memakai inai. Kalau dekat kampung , selalu yang akan tolong pakaikan adalah ibu sedara angah.
Masa petang tersebut, angah dengan adik beradik kena cari daun pokok inai , lepas tu carikkan daun ke dalam besen. Bila dah banyak, baru blender. Lepas tu tunggu lepas berbuka baru pakai. Bila dah pakai , jari sememangnya dah tak boleh digerakkan. Kononnya , dalam adik beradik angah, siapa yang paling merah inainya, dialah pemenang. Gigih semua tak nak basuh tangan sampailah pagi esok. Hehe. 


Cerita Ketiga 

Dulu , tima angah darjah, bila balik kampung , setiap malam akan main bunga api dengan mercun. Tok dengan tokwan angah akan cari batang kayu yang panjang, lepas tu cucuk kayu tersebut di sekeliling rumah. Bila lepas berbuka , angah dengan mak sedara akan pasang pelita yang dinyalakan menggunakan minyak tanah. 
Lepas tu , terus boleh main bunga api , mercun. Adalah beberapa kawan-kawanangah dekat kampung tu datang main mercun sama-sama. Pernah suatu hari , malam raya , angah main mercun lepas tu, demam. Something wrong. Sebab main mercun terus demam, mungkin angah main sampai lewat malam.
Sekarang, dah tak ada dah suasana macam tu. Tok angah dah meninggal. Manakala tokwan pulak sakit. Dekat rumah kampung angah dah takda budak kecil melainkan adik angah yang dah darjah 6. Memang nak main mercun lagi? Sebab tu angah suka zaman kecil-kecil dahulu. 
Sekian. 

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Kalau la boleh kembali semula ke zaman kanak2 tu kan best kan...x yah fikir apa2 masalah dah

    ReplyDelete
  2. Kannn kecik2 dulu kalau dapat duit raya sikit mesti merungut. Hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post