Lima Filem Dan Drama Polis Negara Yang Paling Top Di Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sumber : Astrogempak
Tipu kalau ada di antara kita tidak pernah memasang  cita-cita untuk menjadi seorang anggota polis apabila besar nanti. Setiap kali mengisi buku laporan pendidikan di sekolah rendah rata-ratanya memilih polis ataupun askar sebagai pekerjaan mereka.
Semuanya bermula apabila kita dipengaruhi atau dibesarkan dengan cerita-cerita mengenai pasukan polis di kaca televisyen atau mungkin ianya atas dasar sentimen guru-guru di sekolah yang mengangkat usaha murni anggota polis dalam menggalas tugas harian membawa imej positif terhadap pasukan seragam polis.
Ditambah pula dengan kemunculan drama bersiri mahupun filem yang bercorak kepolisian di kaca televisyen sejak kecil lagi membuatkan kita semakin tertarik dengan pekerjaan tersebut.
Berikut ialah lima drama dan filem mengenai polis di Malaysia yang perlu anda tahu:
Bukit Kepong
Sebut sahaja nama filem ‘Bukit Kepong’ pasti ramai yang akan teringat dengan mata pelajaran sejarah di sekolah menengah juga lakonan hebat olehTan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin. Filem yang diterbitkan pada tahun 1981 ini mengisahkan anggota polis yang bertugas di Balai Polis Bukit Kepong yang berjuang mempertahankan tanah tumpah darah daripada komunis yang sungguh kejam.
Filem ini diarahkan sendiri oleh Jins Shamsuddin dan merupakan antara filem termahal dalam dekad 80-an dengan kos pembikinan sebanyak RM 1.3 juta. Bukit Kepong berjaya membolot tujuh anugerah antaranya  Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Anugerah Khas di Festival Filem Malaysia ke-3 pada tahun 1982.
Remang-remang Kotaraya
Pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam memang cukup terkenal dengan drama atau filem kepolisian seperti yang diterbitkan olehnya. Untuk pengetahuan semuanya, drama bersiri berjudul Remang-remang Kota Raya merupakan drama fiksyen polis pertama arahan Yusof Haslam pada tahun 80-an.
Siri drama lakonan A. Galak dan Nancy Fong mengisahkan kehidupan seharian satu sekumpulan polis Malaysia yang menyelesaikan jenayah-jenayah terutamanya penjenayah tempatan kerana dalam tahun 80-an  pekerja asing masih lagi belum membanjiri Malaysia.
Tahun-tahun berikutnya, Yusof Haslam menghasilkan siri drama polis dengan menggunakan pakai formula yang sama tetapi dengan judul yang berbeza seperti Debu-debu Kota, Metro Skuad, Roda-roda Kota raya dan banyak lagi.
Gerak Khas
Satu-satunya drama bersiri kepolisian yang mampu bertahan sehingga 12 tahun bermula pada tahun 4 Mei 1999 hingga 2011 dan pernah mendapat rating tertinggi selama tiga tahun berturut-turut di dalam carta nombor satu seluruh stesen televisyen.
Sekali lagi drama bersiri arahan Datuk Yusof Haslam ini bukan sahaja hanya muncul di kaca televisyen malah ianya dibawa ke layar perak menerusi Gerak Khas The Movie, Gerak Khas The Movie 2 dan Gerak Khas The Movie 3.
Antara pelakon tetap yang membintangi drama mahupun filem Gerak Khas ialah Abby Abadi, AC Mizal, Deen Maidin, A Galak, Norman Hakim, Shaharom Anuar dan ramai lagi.
Gerak Khas The Movie mendapat kutipan tertinggi di antara ketiga-tiga filem Gerak Khas dengan RM4.40 juta pada tahun 2011 dan berjaya merangkul dua trofi di Festival Filem Malaysia ke-15 menerusi Pelakon Komedi Terbaik (Lan Pet Pet) dan Penataan Bunyi Terbaik (Peter Lim).
My Spy
Satu-satunya filem komedi aksi arahan Afdlin Shauki pada tahun 2009 dan dibintangi oleh Dato’ AC Mizal dan Allahyarham Harun Salim Bachik. Mengisahkan Salleh (lakonan Allahyarham Harun) merupakan bekas polis bersara juga penyiasat peribadi yang cuba menjual produk ciptaannya kepada pihak polis.
Salleh dan AJ (lakonan AC Mizal) yang saling benci membenci dalam menyelesaikan sesuatu kes yang besar. Akibat sering menggangu kerja-kerja polis, mereka berdua dinasihatkan oleh Supt. Adnan (lakonan Adlin Aman Ramlie) untuk pergi bercuti di Langkawi.
Antara barisan pelakon yang turut membintangi filem My Spy ialah Redzuan Hashim, Carmen Soo, Daphne Iking, Maria Farida dan ramai lagi.
Filem My Spy berjaya merangkul Filem Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23.
Polis Evo
Filem arahan Ghaz Abu Bakar yang akan ke layar perak pada 17 September 2015 bakal menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Allahyarham Harun Salim Bachik, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Ayie Hushairi, Pablo Amirul, Yuzz Murai, Amerul Affendi, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Polis Evo mengisahkan kisah seorang Inspektor narkotik terbaik dari Kuala Lumpur yang bergabung dengan seorang lagi inspektor yang bertugas di kawasan luar bandar untuk menyelesaikan kes dadah jenis Syabu yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. 
Antara filem polis yang menelan belanja yang besar termasuk promosi dan pemasarannya secara menyeluruh menerusi trailer rasmi filem, muzik video, sesi jelajah, aplikasi permainan, laman sesawang dan koleksi cenderahati eksklusif bagi memperluaskan promosinya kepada orang ramai.
Menyaksikan kemunculan Shaheizy Sam dengan bentuk fizikal yang berbeza serta peranan Zizan Razak yang memegang watak serius sebagai seorang inspektor yang berasal dari Terangganu. 
Polis Evo juga mendapat kerjasama sepenuhnya oleh pihak polis tampil menyingkap masalah penyalahgunaan dadah yang semakin meruncing di negara kita sejak akhir-akhir ini.

Sekian. 

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post