Hanya Dalam Tempoh 4 Hari, Polis Evo Catat Kutipan RM2.5 Juta




Sumber : Astro Gempak


Barangkali kerana dahagakan filem aksi bercorak kepolisan dengan plot, sudut teknikal serta  visual yang bukan ‘tangkap muat’, filem terbaru terbitan Astro Shaw iaitu Polis Evo kini telah berjaya mencecah kutipan panggung sebanyak RM2.5 juta dalam tempoh 4 hari sejak ia mula ditayangkan pada 17 September lalu.
Mendapat sentuhan pengarah Ghaz Abu Bakar, Polis Evo yang dibintangi Shaheizy Sam dan Zizan Razak sebagai peneraju utama bakal mengubah landskap perfileman negara yang sebelum ini dilihat seakan ‘lesu’ apabila kebanyakan filem yang mula ditayangkan di pawagam sejak awal tahun lalu, kurang mendapat sambutan penonton. 
Kehadiran filem Polis Evo setidak-tidaknya dapat mengembalikan keyakinan khalayak penonton khususnya peminat filem Melayu untuk terus menyokong naskah-naskah tempatan tidak kira dalam apa genre atau kategori sekalipun.
Setakat ini, kutipan panggung Polis Evo dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa berdasarkan respon serta sambutan hebat serta luar biasa yang diberikan masyarakat terhadap filem ini.
Jika sambutan yang diterima sebegini berterusan, tidak mustahil Polis Evo akan mampu  meraih kutipan yang tinggi mengatasi filem-filem pecah panggung yang lain sebelum ini. 
Tentang Polis Evo
Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan ia memaparkan kisah dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah di negeri Terengganu.

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post