'Berehat' & 'Kembali'


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Seperti yang korang sedia maklum, aku dah kembali berblogging. Di entri ni, aku akan cerita kenapa aku 'berehat' dan kenapa aku kembali blogging. Sesungguhnya, apa yang aku nak cerita ni bukanlah suatu yang penting sangat, cuma sekadar menjadi coretan untuk masa hadapan suapaya aku dapat belajar macam mana nak menghadapi sesuatu.

Sebab utama aku 'berehat' :- 
1. Aku terlampu sibuk
Kalau korang nak tahu, ketika aku berfikir nak berehat atau tidak, aku sedang berada di semester terakhir aku dalam pembelajaran. Mesti semua orang tahu, macam mana susahnya dan sibuk bila berada di semester terakhir.
Dengan segala projek dan kerja-kerja perlu disiapkan pada masanya. Jika tidak, mungkin aku tak dapat nak graduate pada masa yang telah ditetapkan pihak universiti. Aku tak nak repeat mana-mana paper. So aku buat keputusan untuk berehat daripada blogging. 

2. Domain tidak di renew
Disebabkan alasan no 1 di atas, so au takda masa dan mempunyai masalah kewangan utnuk renew domain lama blog ini. So blog ni terabai secara sepenuhnya. Tiada lagi domain yang lama, bermakna tiada sesiapa pun dapat masuk ke dalam blog tersebut.
Aku sendiri pun tak pernah jejak ke dalam blog ini setelah berehat. Betapa lamanya blog ini tidak diusik. Kalau korang amsih ingat, ciri-ciri atau gaya blog ini masih sama dengan blog terdahulu. 
 
3. Tiada minat pada blog
Ini adalah alasan yang paling cliche. Hahahahaha. Bukannya apa, bila dah lama tak berblog, so perasaan nak menaip tu hilang. Sepanjang tempoh aku berehat, aku langsung tidak menulis. Aku hanya fokus terhadap benda-benda lain.  


Sebab utama aku kembali menulis :-

1. Rindu
Ya. Aku akui yang aku rindu untuk menulis. Aku rindu untuk berinteraksi sesama rakan di dalam dunia blogging. Walaupun langsung tak pernah berjumpa, tapi aku rasa ianya sesuatu yang menarik, yang tidak dapat dirasai oleh orang luar. 

2. Sayang
Jujur aku cakap yang aku sayang dengan entri-entri lama yang aku tulis sebelum ini. Meskipun kata ganti diri aku telah berubah, tetapi aku masih lagi sayang akan semua entri yang aku hasilkan. Sebab semua entri tu, ada kisahnya tersendiri. Bila aku baca balik entri-entri lama, terus akut eringat kejadian yang terjadi pada entri itu ditulis. 
3. Perlukan platform 
Aku perlukan platform untuk aku luahkan perasaan. Mungkin tidak sekerap dulu, tetapi aku perlukan medium untuk aku cerita apa yang terjadi. Platform blog ni tak sama macam twitter/facebook/instagram. Sebab apa? Kita boleh menulis apa sahaja yang kita nak.

 Jadi, aku rasa itu sahaja alasan yang aku fikir munasabah untuk aku tulis dalam entri ini. Mungkin ada yang akan cakap alasan yang aku bagi ni cliche. Tapi aku rasa ini sahajalah alasan yang paling relevan untuk aku tulis.

Sekian. 
 

 
 
 

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post