Perangai manusia buruk rupa.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Entri ini adalah tentang sesiapa sahaja. Aku sekarang  ni terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. Bukannya aku mengatakan bahawa aku adalah sempurna, tetapi ada banyak kerenah manusia yang semakin pelik aku lihat.
Ada manusia yang suka cari kesalahan orang lain. Setiap perkara walaupun sekecil kuman mesti dibahasa atau dijadikan tajuk pertelingkahan.Misalnya, sebagai penyewa rumah bersama, seseorang itu sering memarahi atau bergaduh dengan orang lain hanya kerana hal kecil seperti, pintu tak tutup rapat, kasut di tolak sedikit, dan sebaginya.
Bukankah lebih senang jika berbincang dahulu sebelum bergaduh? Mengapa perlukan pertelingkahan yang memerlukan kata-kata makian di keluarkan daripada mulut yang busuk itu?
Ada manusia juga senang terasa apabila sesuatu yang dia rasa bahawa ianya penting tetapi bagi orang lain mereka mempunyai sesuatu yang lebih penting. Mesti anda tidak faham kan? Contohnya, seorang ini yang berusia lebih tua sebanyak 5 tahun, berkawan dengan mereka yang muda 5 tahun. Mereka sering bersama sebelum ini, masa silih berganti, si dia yang 5 tahun lebih tua terasa hati dengan mereka yang muda ini kerana tidak meluangkan masa bersama. Padahal mereka yang muda mempunyai sesuatu yang lebih penting.
Adakah meluangkan masa bersama sepatutnya dijalankan setiap masa dan setiap hari? Tidak bolehkah seseorang itu memahami cara orang lain, kerana setiap pekerjaan atau perlakuan perlu berubah mengikut komitmen yang ada. Mungkin awak tiada sebarang komitmen, jadi anda suka meluangkan masa, tetapi rakan yang lain masih belajar dan mempunyai pelbagai komitmen lain untuk memastikan masa depannya terjaga.
Wahai manusia yang sebegini, percayalah bahawa anda hanya seorang yang inginkan perhatian daripada manusia lain. Mungkin anda kurang diberi perhatian lantas, anda mahu terasa hati dengan semua orang di dunia ini kerana tidak memberi perhatian kepada anda. Lantas anda mencipta alasan-alasan lain yang anda percaya itulah alasan utamanya.
Solusi bagi manusia yang tidak mahu berinteraksi dengan manusia sebegini adalah dengan berbincang dengan lebih teliti. Mungkin si dia tidak mahu berbincang, jadi lebih baik anda terus perlahan-lahan menghilangkan diri daripada bulatan kawan yang sebelum ini adalah harmoni. 
 
 
 
 
 
 

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post