GegarVaganza 3 : Kedudukan Peserta Minggu Keempat







Sumber : Astrogempak 
Konsert keempat GegarVaganza musim ketiga (GV 3) menyaksikan Elly Mazlein diumumkan sebagai bintang ketiga yang terhenti gegarannya.Bertemakan DuetVaganza, Elly telah menyampaikan lagu berjudul Jangan Menangis Sayang nyanyian asal Safura dan Oney bersama bintang undangan, Acong Sweetchild.
Selain Elly, sembilan bintang GV 3 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.
Dalam pada itu, Ayai Ilusi, rakan duet kepada Nora telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pasangan Paling Menyengat. Ayai berjaya membawa pulang rantai mutiara tajaan Rafflesia bernilai RM5,000, penginapan tiga hari dua malam di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru, Rebung SPA, baucer tunai tajaan Go Shop berjumlah RM1,000 dan barangan Pamoga Qu Puteh.


Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100%  oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
1. Gmie Screen - Pada Syurga Diwajahmu (duet Nizam Laksamana): “Pada saya, lagu ini lagu bunuh diri. Tapi, kamu tidak terkucil. Tahniah!” - Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
2. Ameng Spring - Nilai Cinta (duet Siti Nordiana): “Malam ini anda tunjukkan part of you yang belum pernah orang lihat. You delivered well, keep it up!” - Datuk Khatijah Ibrahim. 
3. Nora - Terlanjur Cinta (duet Ayai Ilusi): “Saya menyaksikan sebuah persembahan broadway. Persembahan duet itu berlaku. Persembahan yang ingin disampaikan terpantul keluar,” - Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
4. Intan Sarafina - Aku Yang Tersakiti (duet Fazli Zainal): “Kamu harus bergerak ke arah positif. Tak payah malu-malu kerana you can sing. Kamu berdua deliver sangat bagus,” - Datuk Ramli MS.
5. Shidi Data - Lamunan Terhenti (duet Ezlynn): “Pada awalnya saya takut dengan key yang digunakan oleh Shidi, tetapi ketakutan saya berubah. Awak sampaikan lebih baik dari penyanyi asal tetapi awak belum berani,” - Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
6. Zarul Umbrella - Lelaki Ini (duet Farahdhiya): “Lagu ini agak susah untuk kamu, not too bad. Suku kata dan teknikal sangat lain. Buat lagi banyak corak lagu yang lain,” - Datuk Ramli MS.
7. Zur Eda - Rindu Bayangan (duet Nassier Wahab): “Feel yang kamu dan Nassier bagi sangat baik. But this is competition, you have to be careful,” - Datuk Khatijah Ibrahim.
8. Azharina - Doa Buat Kekasih (duet Haleeda): “You did very well, kombinasi agak bagus, tetapi first verse agak keras,” - Datuk Khatijah Ibrahim. 
9. Siti Sarah - Bunga Angkasa (duet Rahmad Mega): “Your second voice is out of tune tadi, tapi okay sebab lagu ini agak susah untuk kamu,” - Datuk Ramli MS.
10. Elly Mazlein - Jangan Menangis Sayang (duet Acong Sweetchild): “Peminat suka jiwa kamu menyanyi. Tetapi teknikal kamu agak bad. Banyak lagu kamu dapat menjiwai, teknikal itu tengoklah atas ihsan kita,” - Datuk Ramli MS.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Konsert minggu kelima GV 3 bakal membawa tema HitsVaganza dan sembilan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post