Cerita Seram : Karipap



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hari ni aku terpanggil untuk bercerita tentang cerita yang aku baca di ruangan Twitter. Ianya merupakan kisah seram pendek daripada akaun Creepyposta. Sememangnya jika aku mencari sebarang kisah seram , akan aku cari di akaun tersebut.



Karipap 
Awak kenal Makcik Karipap kan? Tak siapa tahu nama sebenar dan asal-usulnya, tapi Makcik Karipap hanya akan mundar-mandir dalam kawasan asrama selepas 1 pagi.
Orang kata umur Makcik Karipap dalam 50an,berisi, berbaju kurung Kedah, berkain batik, dan berselipar jepun. Rambutnya panjang paras pinggang. Lengan kanannya mengendong bakul plastik. Jalannya tak laju, kalau awak selalu study seorang diri dalam bilik prep di tingkat bawah selepas 1 pagi, mesti awak pernah dengar bunyi selipar di koridor. Sifat keibuan Makcik Karipap terserlah. 
Dia tahu kalau awak study malam-malam atau cuci kain baju di bilik air hujung, mesti awak lapar kan? Sebab itu dia datang. Pakcik guard asrama kenal sangat Makcik Karipap. Dia dah pesan, kalau disapa, jawab saja "taknak". Jangan buat Makcik Karipap tertunggu-tunggu tepi tingkap. Malam itu waktu awak naik masuk dorm, rakan-rakan sebilik semua dah tidur. Awak baring  atas katil tepi tingkap sambil menjenguk ke bawah bila dengar bunyi anjing liar bergaduh di tepi longkang besar asrama.
Tiba-tiba awak rasa diperhatikan dalam gelap. Kalau nampak Makcik Karipap menjenguk tepi tingkap tanya "nak karipap dik?", janganlah menjerit. Cakap saja tak nak. Dan tutuplah muka dengan selimut. Sambil berdoa bila rasa kepala disentuh tangan berkuku panjang -@creepyposta


Siapa yang pernah tinggal di asrama semestinya pernah mendengar cerita ini daripada senior mahupun warden asrama sendiri. Ianya merupakan cerita turun-temurun daripada beberapa generasi asrama. Macam aku sendiri pernah dengar, tapi tak pernah alami pengalaman diganggu, anda bagaimana? 

Untuk ketahui cerita-cerita seram lain , sila ke akaun twitter ini :-
 : creepyposta
 
 Sekian.

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Penah dgr time belajar dulu. Agaknya makcik karipap nie ada byk kembar. Sebab dekat setiap u atau kolej atau asrama dia ada. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post