Kemenangan Berganda Dato Siti Nurhaliza di AIM 22

Assalamualaikum dan sejahtera.


Tahniah diucapkan kepada Dato Siti Nurhaliza kerana menang besar pada Anugerah Industri Muzik ke 22 pada 18 Disember lalu. Aku rasa masih belum terlambat untuk aku membuat entri khas berkenaan kemenangan beliau.


Boleh dikatakan tahun 2016 merupakan tahun yang agak suram pada awalnya bagi karier beliau, kemudian pada April , beliau mengadakan konsert Siti Nurhaliza & Friends dan berehat selama dua bulan. Jadi , ianya kembali suram. Siapa sangka , di hujung tahun, nama beliau kembali meledak apabila merangkul 5 anugerah pada anugerah yang aku rasa paling berprestij di Malaysia setakat ini iaitu Anugerah Industri Muzik.
Dengan 7 Pencalonan , beliau berjaya membolot 5 anugerah. Ianya merupakan satu pencapaian terbaik yang tidak boleh dikalahkan oleh mana-mana artis Malaysia yang lain.
 
Senarai kemenangan beliau :-
Album Terbaik:
Dato' Siti Nurhaliza Unplugged

Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia:
Siti Nurhaliza

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Siti Nurhaliza - Menatap Dalam Mimpi

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu:
Menatap Dalam Mimpi - Siti Nurhaliza

Lagu Nasyid Terbaik:

Mikraj Cinta - Datuk Siti Nurhaliza



Kenapa aku mengatakan bahawa anugerah ini paling berprestij? Pertamanya adalah kerana ianya merupakan anugerah yang diadili oleh pihak JURI. Maksudnya hanya yang benar-benar layak sahaja yang boleh jadi pemenang. Malah , nak dicalonkan pun perlu melalui barisan juri.
Kedua, anugerah ini merupakan satu penanda aras bagi setiap penyanyi. Maksudnya jika dalam profil karier mereka terdapat anugerah ini , ianya merupakan bonus paling besar kerana ia bukti bahawa mereka benar-benar berbakat besar.

Jadi, tahniah diucapkan kepada Dato Siti Nurhaliza kerana membuktikan bahawa beliau sememangnya biduanita muda negara dan juga penyanyi No 1 negara. Masih tiada sesiapa yang mampu menggugat beliau. Semoga tahun 2017 beliau dikurniakan apa yang diinginkan. In shaa Allah.
Sekian. 

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post