Photoshoot Kucing Cantik


Assalamualaikum dan salam sejahtera



"Jangan tangkap gambar kucing, nanti dia mati!"

Di atas adalah salah satu mitos yang berlegar-legar di kalangan orang melayu berkenaan gambar kucing. Kononnya jika kita ambil gambar kucing, kelak akan meninggal kucing tersebut.  Bagi aku sendiri, ianya adalah karut. Kerana jika dah sampai ajalnya, maka ia akan mati jugak.
Untuk pengetahuan semua, gambar kucing dalam entri ini adalah kucing aku sendiri. Kucing yang masa kecilnya di buang di kawasan belakang rumah aku. Mungkin si pembuang ingat bahawa nanti bila kucing tu besar dia akan jadi hodoh, nahh sekarang tengoklah , bila di jaga dengan elok. kucing tu jadi cantik secantiknya.



Photoshoot ini telah dijalankan oleh aku sendiri dengan berlatar belakangkan kain tuala putih aku sendiri. Hanya menggunakan smartphone lenovo yang mempunyai 8 megapixel sahaja.


Aku ada kuiz untuk korang semua, apakah jantina kucing aku ini? Ha? Kalau korang dapat jawab, korng memang teror. Sekarang ni dekat rumah aku hanya tinggal 2 ekor sahaja kucing. Yang berpuluh-puluh lagi telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan kucing, kawasan depan rumah aku. 

Sayangilah kucing anda sebagaimana anda menyayangi diri anda sendiri. 

Sekian. 


2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post