Jelajah Permata Seni di Melaka 2



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sambungan kepada entri pertama , kali ini aku bercerita tentang apa yang berlaku setiap hari ketika jelajah itu berlangsung. Sebelum itu , kisahnya bermula ketika di Istana Budaya. Sampai sahaja di sana , aku terus berjumpa staff IB bahagian muzik, setelah lama tidak berjumpa, inilah masanya untuk kembali berbual.
Kemudian , aku pergi ke hotel lebih awal daripada yang lain kerana aku ditugaskan untuk menyertai bahagian teknikal, menguruskan pentas dan alatan di sana. Kami bertolak jam 10.15 pagi dari Istana Budaya dan sampai di JKKN Melaka, Ayer Keroh  pada jam 12.15 tengah hari.


Setelah siap menguruskan pentas di JKKN Melaka, kami terus ke hotel, tempat penginapan. Di hotel , kami menguruskan barang-barang dan dibawa ke bilik latihan. Setiap alatan yang diangkut daripada Istana Budaya di jaga dengan rapi dan di susun mengikut setiap tempat. Ada beberapa bilik di hotel digunakan untuk dijadikan tempat latihan. 
Mengenai hotel , kami tinggal di hotel yang terletak sangat dekat dengan JKKN Melaka iaitu hotel Puteri Resort Malacca.  Sangat indah dan cantik daripada pandangan aku sendiri.


Review tentang hotel , apa yang aku suka dengan hotel ini adalah hotel yang sunyi. Maksudnya di sini , lokasinya terletak jauh dibelakang dan tersorok daripada hiruk pikuk orang bandar. Selain itu , infrastruktur yang lengkap juga pemandangan yang cantik.
Sudah jarang sebenarnya aku ke hotel. Kali terakhir adalah beberapa bulan yang lalu atau beberapa tahun yang lalu. Ya, kali terakhir di Port Dickson. Apa - apa pun ada beberapa perkara yang boleh dibaiki di hotel ini , salah satunya dari segi makanan, mungkin boleh diperhebatkan lagi. Yang lain , aku rasa segalanya elok dan baik sahaja.
Jadi , di hotel ini , terdapat beberapa bilik dijadikan bilik latihan iaitu untuk latihan sectional dan juga latihan tutti. ( Latihan  bersama). Selesai sahaja menyiapkan bilik-bilik tersebut, aku bersama staff yang lain berehat di bilik hotel , dengan pendingin hawa yang sangat menyejukkan sementara menunggu ketibaan kanak-kanak dan staff yang lain.
Di sebelah malamnya , latihan mengikut seksyen diadakan selepas makan malam di bilik yang telah ditetapkan. Aku kagum melihat setiap seorang daripada kanak-kanak ini yang begitu hebat bermain muzik, mereka begitu teruja dalam setiap lagu yang dimainkan. Kalau aku ? Mungkin agak terkial-kial untuk memainkan nota muzik yang telah disediakan.
Bersambung.. 

Sekian. 

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post