Alam Pekerjaan vs Alam Belajar



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Beberapa hari ini , aku rasa sangat letih. Letih dari segi kurang tidur. Dalam jangka masa seminggu yang lalu , ada beberapa hari yang aku tidur lewat iaitu tidur pada pukul 4 pagi dan bangun pada pkul 7. Berapa jam sahaja yang ada untuk aku tidur?
Semuanya adalah gara-gara assignment yang bertimbun-timbun. Untuk pengetahuan anda semua , sekarang adalah di minggu yang ke 5 daripada 14 minggu dalam semester kali ini. Di waktu sebeginilah banyak kerja-kerja diberikan , kuiz, presentation dan juga persembahan perlu dilaksanakan.
Sememangnya seronok waktu belajar , sebab kita dapat rasa bagaimana menjadi pelajar. Selain itu , ianya sangat berbeza berbanding ketika sedang kerja. Pengalaman aku berpraktikal pada bulan Februari telah mengajar aku bahawa menjadi seorang pekerja adalah sangat susah kerana kena bangun awal , menempuh traffic jammed, kemudian balik lambat. Sememangnya ia pengalaman ngeri yang akan aku hadapi kelak.
Jadi , aku harap di masa sedang belajar ini , aku dapat memanfaatkan keseronokan yang takkan dapat diterima lagi apabila sudah masuk ke alam pekerjaan. Macam semester ini , dlam seminggu hanya ada satu hari sahaja yang kelas bermula awal pagi , hari yang lain bermula di sebelah petang dan membolehkan aku bangun lambat.

Sekian. 

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. banyakkan rehat ye. dalam kita sibuk pun kesihatan penting. tidur kena cukup. banyakkan minum air suam tau hehe

    ReplyDelete
  2. banyakkan berehat dan uruskan masa dengan seeloknya.takut nnti tak dapat dokus dalam kelas kalau asyik mengantuk

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post