Video Muzik Pilihan : Siti Nurhaliza - Bimbang (2004)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Video muzik pilihan kali ini adalah daripada Dato Siti Nurhaliza dengan lagu berjudul Bimbang. Lagu Bimbang merupakan original sound track bagi filem Ada Apa Dengan Cinta. Persembahan ini adalah pada tahun 2004, iaitu 13 tahun yang lalu.

Sebelum kita memberi komen , jom lihat video dari awal sampai habis  !




Komen :-
Pertama , aku rasa terbuai-buai apabila mendengar nyanyian beliau. Setiap sebutan sangat jelas dan seketul-seketul. Bila kita dengar, kita rasa puas dengan setiap sebutan. Mengenai muzik iringan , mungkin boleh diperbaiki tetapi ianya sudah cukup memandangkan vokal yang ada adalah yang terhebat.
Susah untuk mencari penyanyi baru sebegini di Malaysia ketika ini. Satu dalam seribu. Sekali lagi aku nak beritahu, aku terbuai-buai. Bila mana DCT menyanyi, kita dapat rasa apa yang dirasakan dalam dirinya. Tentang lagu itu. Selain itu , menyanyi sambil senyum? Cantik sungguh beliau ketika ini dan sepertinya tak di makan usia. Sekarang pun masih cantik.
 Sekian.


Nota kaki : 
Rindu nak tengok Dato Siti Nurhaliza masuk Anugerah Juara Lagu. Mungkin kalau pada edisi 2002 , lagu Nirmala menang juara keseluruhan serta pada edisi 2003 , lagu Badarsila masuk ke akhir, keputusan beliau mungkin berbeza. 

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post