Juadah Berbuka Puasa 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini aku nak bercerita tentang juadah berbuka puasa yang aku makan ketika seminggu berpuasa. Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur kerana diberikan rezeki untuk berbuka bersama keluarga. Sudah beberapa tahun aku tidak berpuasa pada Ramadhan pertama bersama keluarga. Kali ini , kesemua ahli keluarga berada di rumah pada hari pertama Ramadhan.


Bila bersama keluarga , antara juadah yang pasti ada adalah Roti John. Selain itu , beberapa jenis kuih juga menjadi pilihan kami sekeluarga.


Bubur


Kuih Buah Melaka


Agar-Agar


Roti Pita.

Aku paling suka roti pita daging yang hanya terdapat di Seberang Jaya , di tempat kakak aku tinggal. Roti pita yang sangat besar dan penuh dengan inti. Sangat berbaloi!


Buah Anggur


Cekodok


Pulut bersama pisang mentalon

Mesti ada yang terliur kan dengan makanan-makanan ini? Selain daripada beli di bazar ramadhan , keluarga aku juga masak sendiri di rumah. Sangat seronok bila mana semua ahli keluarga berada di rumah. Masing-masing akan membantu untuk menyediakan masakan.
Semestinya anda juga begitu bukan? Apa cerita anda untuk bulan puasa ini?

Sekian. 
 

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post