10 Pelawak Terbaik Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kini kita kembali lagi kepada artikel mengenai carta. Kali ini adalah berkenaan 15 Pelawak Terbaik Malaysia. Kepada peminat industri hiburan semestinya sedar akan kebangkitan golongan pelawak Malaysia. Bermula dengan rancangan Raja Lawak di sebuah stesen tv berbayar , sehinggalah mempunyai anugerah lawak sendiri. Jadi , mari kita kira turun 10 pelawak terbaik negara. 



10. Lan Pet Pet




Mazlan bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet (lahir 20 Mei 1969) ialah seorang pelawakpenyanyi dan pelakon di Malaysia. Beliau adalah salah seorang anggota kumpulan Senario.
Beliau memulakan kerjaya di dalam bidang hiburan semenjak beliau menyertai program realiti lawak Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 di tahun 1990-an. Selepas berjaya menduduki tempat teratas dalam sayembara tersebut, beliau telah ditawarkan untuk menyertai sitkom pentas yang disiarkan di TV3, Senario. Tidak lama kemudian, Senario telah dijadikan sebuah kumpulan lawak. Mazlan dan anggota lain kemudian telah merakamkan album yang lirik lagu-lagunya berunsurkan lawak.
Beliau memulakan kerjaya beliau di dalam bidang perfileman pada tahun 1999 melalui filem Senario The Movie arahan Aziz M. Osman bersama rakan-rakan Senario yang lain sebagi diri beliau sendiri, watak Mazlan.
Filemografi :- 
  • Filem : 27 filem


9. Sharifah Shahirah




Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih dikenali sebagai Sharifah Shahirah (lahir 8 Julai 1974) merupakan model, pelakon, pelawak dan pengacara televisyen di Malaysia. Beliau mula mencipta nama sejak tahun 1993 hingga kini, sezaman dengan Didie Alias, Nina Juren, Ahmad Idham, Azhar Sulaiman, Zamarul Hisyam, Rusdi Ramli dan ramai lagi.


Biarpun sinar Sharifah Shahirah di layar perak tidak seterang aktres-aktres komedi lainm, namun nama beliau meniti di bibir peminat menerusi aksinya di kaca TV. Drama Mat Despatch yang dibintanginya sejak 1996 sehingga 2001 ternyata menjadi fenomena selain kemunculan beliau dalam sitkom Ada Ada Aje pada tahun 2004 yang memberi tuah kepada beliau apabila dinobatkan sebagai Aktres Komedi TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.
Filemografi :-  
  • Filem :15 
  • Siri Komedi Tv : 5
  • Telemovie : 5
Pencapaian :-
  • Aktres Komedi TV Terbaik - Anugerah Seri Angkasa 2004 menerusi sitkom Ada-ada Aje
  • (Pencalonan) Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 , 2007, 2010, 2011


8. Afdlin Shauki




Afdlin Shauki bin Aksan (lahir 19 Mei 1971) lebih dikenali sebagai Afdlin Shauki (atau Chief Kodok dan juga Sedey Malas kepada peminatnya) ialah seorang penyanyi, pengarah, penerbit, pelawak dan pelakon Malaysia. 
Beliau berpengalaman menjadi pengacara bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1997, 1999-2003, 2005-2010. Selain itu, beliau juga menjadi pengacara dan penulis bagi rancangan Golden Dreams (1999) dan Golden Dreams Extreme (2000). Beliau mula mendapat tempat dalam bidang hiburan tanah air ekoran kejayaan beberapa filemnya seperti Buli (2004), Baik Punya Cilok (2005), Buli Balik (2006) dan Sumolah (2007).

Filemografi :-

  • Filem : 54
  • Rancangan TV  : 9

Pencapaian :-

Penyertaan Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) dalam Maharaja Lawak Mega 2011 cukup menggelikan kerana mereka dua beradik tetapi berlainan ibu. Dua beradik ini berkongsi bapa yang sama perangai dan datuk yang sama melucukan. Akhirnya Boboi membawa hadiah kedua, wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi .

7. Jihan Muse




Nur Jihan binti Musa (lahir 29 Ogos 1983) atau lebih dikenali sebagai Jihan Muse  merupakan salah seorang pelawak dari Malaysia dan merupakan bekas peserta Raja Lawak Astro musim ketiga yang mana beliau merupakan naib juaranya. Kembara seninya agak perlahan pada mulanya tetapi mula memacu laju apabila menjadi peserta Maharaja Lawak pada 2011. Gelaran Ratu Parodi dek meniru gaya artis dalam segmen Parodi rancangan MeleTOP membuatkan dirinya tambah dikenali.

Filemografi :-

  • Filem : 4
  • Telefilem : 15
  • Siri Tv : 13

Pencapaian :-

  • ABPBH 2013 Artis Komedi Wanita Popular
  • Anugerah Lawak Warna 2015 , Pelakon Komedi Wanita Terbaik
  • Anugerah Pilihan Online 2016 ,Selebriti Komedi Pilihan Online 

6. Harith Iskander




Harith Iskander Musa atau lebih dikenali sebagai Harith Iskander (lahir 7 Ogos 1966) ialah seorang pelakonpelawak, dan pengacara terkenal di Malaysia. Beliau dikenali sebagai "Godfather of the Stand-Up Comedy" telah memenangi Anugerah Asia’s Best Stand-Up Comedian oleh majalah Asia pada 2014. 

Pandangan komedi Iskander ialah pelawak yang terbaik adalah pelawak paling sahih; iaitu, pelawak yang baik tidak menjadi seseorang yang mereka tidak hanya kerana mereka di atas pentas. Iskander menerangkan komedi sebagai 'sama sekali pemerhatian dan peribadi', penuh dengan pengalaman peribadi.

Beliau menggambarkan dirinya sebagai 'pelawak kejutan secara keseluruhan', tetapi orang yang mempunyai 'halangan peribadi sendirinya; sebagai contoh, satu kawasan di mana beliau 'meneliti' adalah hal perkara politik. Beliau menyatakan bahawa komedi Malaysia cenderung untuk menjadi 'bersahaja perkauman' kadangkala. 
Filemografi :- 
  • Filem : 7
  • Televisyen : 10 
Pencapaian :- 

Beliau memenangi pertandingan The Funniest Person in the World pada Disember 2016



5. Zizan Razak



Mohd Razizan Abdul Razak (lahir 15 April 1984 di DungunTerengganuMalaysia) atau lebih dikenali sebagai Zizan Razak, ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan duta Malaysia. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak. Beliau juga dikenali menerusi gandingan bersama Johan Raja Lawak membentuk Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia.
Filemografi :-

  • Filem : 25
  • Telemovie : 16

Pencapaian :-

  • Anugerah Shout Awards 2010 , Favourite TV Personality
  • ABPBH 2010 , Artis Komedi Lelaki Popular
  • ABPBH 2012 , Artis Komedi Lelaki Popular
  • Anugerah Lawak Warna 2013 , Pelakon Komedi FilemLelaki Terbaik 


4. Ahmad Nabil Ahmad





Ahmad Nabil Ahmad (lahir 26 September 1983) ialah seorang pelawak, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan pelakon Malaysia yang kacak dan sasa yang berasal dari Mambau,Negeri Sembilan. Beliau terkenal semenjak menjuarai musim kedua rancangan realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak, oleh itu beliau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak oleh orang ramai. 
Kini, beliau mengacarakan rancangan hiburan MeleTOP dan Gegar Vaganza serta menglibatkan diri dalam lakonan filem dan siri TV tempatan. Nabil juga boleh dikatakan Pelawak Berdiri berbahasa melayu yang paling popular di Malaysia. Beliau juga telah dapat membuka produksi perfileman sendiri yang bernama Nabil Ahmad Production S.D.N. B.H.D.. Kini, beliau mendapat dua orang cahaya mata perempuan bersama isterinya.

Filemografi :-

  • Filem : 15
  • Telemovie : 18

Pencapaian :-

  • ABPBH 2008 , Bintang Paling Popular
  • ABPBH 2008,2009, Artis Komedi Lelaki Popular



3. Jep Sepahtu




Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu, merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara tersohor di Malaysia. Beliau seorang pelawak yang aktif dalam bidang seni bersama Shuib bergabung bawah satu kumpulan yang diberi nama Sepahtu.Beliau ialah bekas anggota Kumpulan Sepah yang menjuarai Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011. Selepas mereka bertiga berpisah, Jep menubuhkan kumpulan Sepahtu yang hanya dianggotai Shuib, juga bekas anggota Kumpulan Sepah.

Filemografi :-

  • Filem : 3
  • Telefilem : 20
  • Siri TV : 20

Pencapaian :-

  • Anugerah Lawak Warna 2013 , Artis Lawak Lelaki Paling Popular
  • ABPBH 2013 , Artis Komedi Lelaki Popular
  • Anugerah Lawak Warna 2015 , Artis Lawak Lelaki Paling Popular
  • Anugerah Melodi 2016 , Personaliti Komedi Pilihan

2. Johan 




Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz (lebih dikenali sebagai Johan) merupakan seorang pelawak dan pengacara popular Malaysia. Beliau mempunyai darah kacukan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapanya. Bakatnya diwarisi daripada bapa saudaranya, pelawak lagenda Salih Yaacob. 
Beliau mengacarakan program realiti Raja Lawak sejak musim kedua setelah memenangi tempat ketiga pada musim pertama. Beliau merupakan peserta Maharaja Lawak bergandingan bersama Zizan yang membentuk gandingan Jozan dan dinobatkan sebagai naib juara. 

Filemografi :-

  • Filem : 9
  • Telemovie : 13
  • Siri TV : 17

Pencapaian :-

  • ABPBH 2011 , Artis Komedi Lelaki Popular
  • ABPBH 2013 ,2014,Penyampai Radio Lelaki Popular
  • Anugerah Meletop 2015 ,2016 , Artis Lawak Meletop

1. Saiful Apek





Mohd Saiful Azam bin Mohamed Yusoff (lahir 12 Mei 1969) atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek merupakan seorang pelawakpelakonpenyanyi dan pengacara yang terkenal di Malaysia. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang paling banyak membintangi filem di Malaysia pada waktu ini. 
Beliau merupakan bekas ahli kumpulan Senario walaupun telah keluar dari kumpulan tersebut, beliau tetap sering di panggil sebagai tetamu khas di rancangan televisyen Senario.Anak pertama dari 7 adik beradik.

Filemografi :-

Filem : 51

Pencapaian :-
  • ABPBH 2003 , Bintang Paling Popular
  • ABPBH 2002, 2003, 2004,2005,2006,2007 , Artis Komedi Lelaki Popular

Bagaimana dengan carta 10 Pelawak Terbaik Malaysia yang disenaraikan di atas? Anda bersetuju? Jika tidak bersetuju , anda boleh berikan komen anda di ruangan komen di bawah. Anda juga boleh membuat carta anda sendiri jika anda tidak bersetuju. Majulah industri hiburan Malaysia. 


Sumber : Wikipedia


5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post