7 Mac 2018

5 Projek Mega Malaysia 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Malaysia merupakan negara yang kini pesat membangun. Ianya dirancakkan lagi dengan beberapa projek mega yang telah diusahakan oleh pihak pemerintah. Projek mega ini semestinya bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta menjadikan negara Malaysia sebuah negara maju pada masa akan datang.

Jom lihat 5 projek mega yang dalam pembinaan.

.....................................................................................................................


1. Lebuhraya Pan Borneo



Sebagaimana Lebuhraya Utara Selatan, plus, membuka peuang pembangunan dan penambahbaikan perhubungan antara bandar di Semenanjung Malaysia, begitu juga Lebuhraya Pan Borneo (LPB) kelak. - Najib Razak
Antara projek infrastruktur terbesar negara, Lebuhraya Pan Borneo akan menyediakan kesalinghubungan yang amat diperlukan antara kawasan pendalaman dan kawasan bandar di Sabah dan Sarawak. Dengan lebuhraya ini, rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak akan mampu menikmati perjalanan di dalam dan di antara negeri dengan lebih selamat dan selesa, selain mengurangkan kos pengangkutan serta membawa pembangunan dan peluang ekonomi keapda kawasan yang dibuhungkan dan juga kawasan di sepanjang lebuhraya. Ia sekaligus membawa banyak manfaat kepada masyarakat tempatan, terutamanya di kawasan pedalaman.

2. Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)


Projek ECRL telah dikenal pasti sebagai projek infrastruktur berimpak tinggi yang akan menjadi pencetus pertumbuhan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang melingkupi kawasan seluar lebih 66,000km persegi sepanjang pantai timur.

Sebagai pencetus sosioekonomi utama ECER, ECRL diunjurkan berupaya mengangkat tahap kesalinghubungan antara kawasan-kawasan industri, pusat ekonomi dan pelabuhan, di samping menawarkan pilihan perjalanan alternatif kepada penumpang. Projek ini juga akan memberi akses lebih baik kepada 10 hab industri di Pantai Timur, sekali gus merapatkan jurang ekonomi berasaskan peluang pekerjaan yang lebih banyak serta menyalurkan nilai modal yang lebih tinggi ke ECER.

Projek mega ini akan menjadi tunjang utama rangkaian infrastruktur pelbagai mod pengangkutan ECER dan menjadi pelengkap kepada lebuhraya sedia ada seperti Lebuhraya Pantai Timur dan Laluan Pantai Timur KTMB dan pelabuhan-pelabuhan yang ada. Projek ECRL dijangka mengambil masa 7 tahun untuk dibina.

3. Tun Razak Exchange


Tun Razak Exchange atau ringkasnya TRX (dahulu dikenali sebagai Kuala Lumpur International Financial District atau KLIFD) merupakan sebuah kawasan pembangunan baru di Kuala Lumpur, Malaysia sempena nama Perdana Menteri Malaysia ke - 2, Tun Abdul Razak Hussein.  Projek mega ini dirancang semasa era Perdana Menteri ke - 6 Datuk Seri Najik Razak.

Tujuan asal TRX ialah membangunkan sebuah hab sistem keawangan dunia. TRX akan dibangunkan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa seperti di Singapura, UAE dan United Kingdom. TRX akan dijual kepada syarikat ataupun institusi yang menjaga hak kepentingan Melayu dan Islam. Hartanah di akwasan tersebut mempunyai nilai sangat tinggi kerana lokasinya yang sangat strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.


4. Bandar Malaysia



Sebagai tapak pembangunan terbesar di Malaysia, yang mempunyai kedudukan strategik utama di ibu negara, ia akan menjadi sebuah pusat bandar baharu bagi Kuala Lumpur - komuniti baharu yang berkualiti sebagai tempat tinggalorang muda dan keluarga, pusat baharu yang berkembang maju buat perniagaan kecil dan besar, serta destinasi menarik bagi semua, termasuk pelancong. Projek ini akan dibangunkan dikawasan Lapangan Terbang Sungai Besi.

Bandar Malaysia menjadi pemangkin untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan pekerjaan, termasuk bagi KL Internet City yang baharu - hab utama Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia. Bandar Malaysia juga akan menjadi pusat utama bagi Keretapi Laju Kuala Lumpur ke Singapura,laluan MRT,KTM Komuter, Airport Express Rail Link serta dua belas lebuhraya.

5. KL 118


KL118, sebelumnya dikenali sebagai Warisan Merdeka, merupakan sebuah pencakar langit dengan jumlah 118 tingkat setinggi 644 m (2,113 ft), yang kini dalam pembinaan di Kuala Lumpur, Malaysia. Pembinaan tersebut mempunyai bajet sebanyak RM5 bilion. Apabila siap kelak pada 2020, ia akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, menggantikan Exchange 106.

Bangunan ini sedang dibina di dalam kawasan Plaza Rakyat, MBSKL, Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Projek ini akan dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad. Pada mulanya dirancang untuk menjadi sedikit tinggi berbanding 509 m (1,670 ft), melepasi Taipei 101, tetapi akhirnya ketinggian cadangan Menara Warisan Merdeka telah disemak semula kepada 610 m (2,000 ft). Terdapat spekulasi bahawa hanya puncak menara itu dilanjutkan tanpa menambah jumlah lanjut aras kepada struktur 100 tingkat seperti yang dirancang.

......................................................................................................................
Sekian

1 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.