Keputusan Final Exam Semester 6 Degree



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah , kini tibalah masanya untuk aku ceritakan tentang keputusan bagi semester terakhir aku di UiTM yang baru selesai pada bulan Januari yang lalu. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana aku berjaya mendapat keputusan yang aku inginkan selama ini.


Keputusan Semester 6 Degree

Alhamdulillah , gambar di atas adalah screenshot bagi keputusan aku untuk semester terakhir. Alhamdulillah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu aku sepanjang semester ini.

English Exit Test

  • Alhamdulillah, terima kasih kepada rakan-rakan yang sama-sama study pada saat-saat akhir untuk subjek ini.
Forum VI
  • Terima kasih kepada semua pensyarah yang memberi tunjuk ajar sepanjang subjek forum.


Research Project
  • Terima kasih tak terhingga buat Pn Siti Hajar, supervisor untuk subjek paling susah semester ini. Terima kasih sebab puan sanggup terima karenah saya sepanjang semester ini dengan jayanya.


Performing Group
  • Terima kasih Mr Ho, konduktor orkestra dan juga rakan-rakan se orkestra.


Percussion Ensemble II
  • Terima kasih En Adil.


Principal Instrument VI
  • Jutaan terima kasih kepada Mr. Julian & Mr Kenny kerana banyak ajar cara-cara bermain clarinet, teknik dan sebagainya.


Recital
  • Terima kasih kepada Pn Sharifah dan rakan-rakan sebatch sebab berjaya buat recital terbaik.


Performance Seminar II 
  • Terima kasih para pensyarah yang tak putus-putus memberikan tunjuk ajar kepada semua pelajar dalam kelas ini.


..................................................................................

Tak lupa juga pada keluarga yang sentiasa memberikan doa daripada jauh. Kepada Fakulti Muzik UiTM yang sentiasa memberi sokongan kepada perjuangan belajar. In shaa Allah , pada masa akan datang aku akan menjadi lebih baik daripada apa yang telah jadi pada masa sekarang.
  Sekian.

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post