15 Mac 2018

Marvel Cinematic Universe : The Incredible Hulk



Assalamualaikum dan salam sejahtera



The Incredible Hulk adalah sebuah filem adiwira tahun 2008 berdasarkan watak Hulk di dalam Komik Marvel. Dihasilkan oleh Marvel Studio dan diedarkan oleh Universal Pictures. Filem ini merupakan filem kedua di dalam Marvel Cinematic Universe. Diarahkan oleh Louis Leterrier dan lakonlayar oleh Zak Penn. 

Plot filem ini berkisarkan tentang The Incredible Hulk, Bruce Banner menjadi HULK tanpa sengaja apabila tentera mencuba semula program supersoldier melalui radiasi gamma. Pada masa yang sama, Banner cuba menyembuhkan dirinya daripada HULK sebelum dia ditangkap oleh Jeneral Thaddeus Ross, tetapi sesuatu yang lebih ngeri terjadi apabila Emil Blonsky menjadi sama seperti Banner dan menjadi makhluk yang sama tetapi lebih mengerikan.

The Incredible Hulk telah ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat pada 13 Jun 2008. Filem ini telah mendapat kutipan sebanyak USD 263 juta di seluruh dunia. Edward Norton sepatutnya kekal membawa watak Bruce Banner bagi filem The Avengers dan filem MCU  yang lain ,tetapi dia telah digantikan oleh Mark Ruffalo.


Pelakon:-

  • Edwar Norton - Bruce Banner/Hulk
  • Liv Tyler - Betty Ross
  • Tim Roth - Emil Blonsky/Abomination
  • Tim Blake Nelson - Samuel Sterns
  • Ty Burrell - Leonard Samson
  • William Hurt - Thaddeus " Thunderbolt" Ross

...................................................................................................

Jujur aku cakap , filem ini merupakan filem yang paling tidak aku gemar dalam kesemua filem yang ada di dalam Marvel Cinematic Universe. Mungkin sebab masa kali pertama aku minat dengan MCU , masa itu Hulk adalah Mark Rufallo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.