Marvel Cinematic Universe : Iron Man 3




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Filem Iron Man 3 adalah sebuah filem pada tahun 2013 , sebuah filema adiwira berdasarkan komik Marvel Iron Man, diterbitkan oleh Marvel Studio dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Iron Man (2008) dan Iron Man 2 (2010). Filem ini merupakan filem ke tujuh di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Plot filem ini adalah berkisarkan tentang Tony Stark yang terpaksa berhadapan dengan PTSD (post traumatic stress disorder) yang telah berlaku akibat kejadian di dalam filem The Avengers, Tony juga perlu menyiasat tentang serangan pengganas yang diketuai oleh Mandarin dan juga konflik bersama musuh terdahulu , Aldrich Killian.



Filem ini telah ditayangkan pada 3 Mei 2013 di Amerika Syarikat. Filem ini mendapat kritikan positif daripada penonton dan juga para pengkritik. Filem ini mendapat kutipan box office sebanyak USD1.215 billion bagi seluruh dunia, menjadikan filem ini filem kedua tertinggi kutipan box office selain menjadi filem ke lima tertinggi kutipan filem sepanjang masa.

Pelakon :-


  • Robert Downey Jr. -Tony Stark/Iron Man
  • Gwyneth Paltrow - Virginia "Pepper" Potts
  • Don Cheadle - James "Rhodey" Rhodes/Iron Patriot
  • Guy Pearce - Aldrich Killian
  • Rebecca Hall- Maya Hansen
  • Stephanie Szostak - Brandt
  • James Badge - Savin
  • Jon Favreau - Happy Hogan
  • Ben Kingsley - Trevor Slattery

...................................................................................

Masih tertanya-tanya macam mana filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak itu.

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Best citer marvel comics Kan tapi dia Ada Sambung2 dgn citer marvel yg lain. Pening mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. best, tapi tu lah. tapi bagi saya walaupun sambung, still boleh faham lagi citer tu tanpa tgok filem sebelumnya

      Delete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post