14 Mac 2018

Marvel Cinematic Universe : Iron Man



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Iron Man adalah filem superhero Amerika terbitan tahun 2008 berdasarkan watak di dalam komik Marvel, diterbitkan oleh Marvel Studio dan dipasarkan oleh Paramount Pictures. Filem ini merupakan filem pertama di dalam Marvel Cinematic Universe. Diarahkan oleh John Favreau, pelakon yang terlibat di dalam filem ini termasuklah Robert Downey Jr sebagai Tony Stark /Iron Man, diikuti dengan pelakon lain seperti Terrence Howard, Jeff Bridges, Shaun Toub dan Gwyneth Paltrow.  Di dalam Iron Man, Tony Starks, merupakan seorang genius dan jurutera hebat, yang berjaya mereka cipta teknologi baru.

Iron Man (2008) di tayangkan buat kali pertama di Sydney, Australia pada 14 April 2008 dan di tayang di Amerika Syarikat pada 2 Mei 2008. Manakala di Malaysia, filem ini ditayangkan pada 30 Mei 2008. Filem ini mendapat kejayaan box office apabila berjaya memungut USD 585 juta. Filem ini juga telah dicalonkan untuk dua anugerah Academy untuk Best Sound Editing dan Best Visual EffectsSequel bagi filem ini ialah filem Iron Man 2 (2010) dan juga Iron Man 3 (2013).


Plot :



Tony Stark, pengerusi syarikat senjata Stark Industries, diserang hendap oleh sekumpulan pengganas semasa di Afghanistan selepas demonstrasi senjata terbaru keluaran Stark Industries iaitu Peluru Berpandu Jericho di hadapan pasukan tentera Amerika Syarikat. Semasa dalam tahanan, Stark dengan bantuan Dr. Yinseng merekacipta satu sut perisai keluli lengkap bersenjata serta ditenagai reaktor arka mini bagi membolehkan mereka melarikan diri. Stark berjaya melarikan diri dengan sut itu tetapi Dr. Yinseng terkorban semasa cuba melindungi Stark semasa dia hampir selesai menyempurnakan rekaan sut itu.

Setelah kembali ke Amerika Syarikat, Stark membuat kejutan dengan pengumuman pemberhentian aktiviti membuat senjata tetapi ditentang hebat ahli lembaga pengarah yang lain. Untuk menebus kesilapannya yang menyebabkan senjata tersebut jatuh ke tangan pengganas, dia merekabentuk sut perisai yang lebih sempurna. Dalam satu majlis, Stark dikejutkan dengan gambar-gambar senjata buatan Stark Industries yang dimiliki kumpulan pengganas. Dia juga mendapat tahu bahawa rakan kongsinya, Obadiah Stane, mengkhianati syarikat dengan menjual senjata buatan Stark Industries kepada kumpulan pengganas secara haram.



Seterusnya, Stark menghantar pembantunya yang paling setia iaitu Pepper Potts untuk menggodam sistem maklumat syarikat bagi mengesan sebarang aktiviti penghantaran senjata haram kepada pengganas. Semasa menggodam, Potts mendapati rupa-rupanya Stane memang mengupah kumpulan pengganas tersebut untuk membunuh Stark. Lebih teruk lagi, Stane turut mencuri reka bentuk prototaip sut perisai asal Stark di Afghanistan serta membuat kejuruteraan undur untuk membuat sut versinya sendiri. Dalam klimaks filem tersebut, Stark berlawan dengan Stane di dalam sut perisai masing-masing dan akhirnya berjaya mengalahkan Stane.




Pelakon :-

  • Robert Downey Jr. sebagai Tony Stark / Iron Man
  • Terrence Howard sebagai James "Rhodey" Rhodes
  • Gwyneth Paltrow sebagai Virginia "Pepper" Potts
  • Jeff Bridges sebagai Obadiah Stane / Iron Monger
  • Shaun Toub sebagai Dr. Yinseng
  • Leslie Bibb sebagai Christine Everhart
  • Bill Smitrovich
  • Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury
  • Gerard Sanders sebagai Howard Stark

.................................................................................................................

Filem permulaan bagi sebuah perjalanan, kini (2018) telah 10 tahun berlalu, dan filem inilah permulaannya, bagaimana semuanya terjadi di dalam dunia Marvel Cinematic Universe. Teruja. Itulah perasaan bila terfikirkan tentang Marvel.

1 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.