19 Mac 2018

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hari ini aku nak join satu segmen menarik daripada blogger azahrahaman.com. Untuk pengetahuan semua, segmen ini akan tamat pada 30 Mac 2018. Jadi, anda masih lagi mempunyai masa untuk sertai segmen mudah ini. Segmen ini mempunyai task yang perlu diselesaikan iaitu menjawab 4 soalan mudah.

  • bila blog ditubuhkan
Blog ini ditubuhkan pada tahun 2010. Tarikhnya tidaklah diketahui kerana ianya telah berlalu hampir 8 tahun yang lalu. Ditubuhkan di sebuah kedai komputer yang terletak di tingkat atas sebuah kedai telefon. Hanya mempunyai beberapa jam sahaj sehari untuk berada di kedai komputer itu.
  • maksud tersendiri nama blog dan url blog
Blog ini secara asasnya mempunyai pelbagai nama, salah satunya adalah Diari Jejaka Hangat. Selama beberapa tahun menggunakan nama itu, akhirnya ditukar semula atas dasar pembaharuan dan dasar transformasi negara, ditukar kepada Aerill Hassan. Diari Jejaka Hangat pada mulanya adalh untuk menceritkan tentang diari kehidupan seorang jejaka yang perasan hot. Padahal hidupnya sangatlah bosan. Blog Aerill Hassan pula lebih kepada informasi terkini dan juga tentang kehidupan seorang aerill hassan.
  • ceritakan pahit manis sebagai seorang blogger
Kenangan manis begitu banyak. Antaranya apabila dapat pergi ke event yang khas untuk para blogger, berjumpa artis terkenal. Selain itu, yang manis juga adalah apabila mendapat rezeki daripada berblog. Alhamdulillah. Kenangan pahit pula, apabila terpaksa berhenti berblog pada suatu ketika kerana mempunyai fokus yang lebih besar.
  • nasihat kepada blogger lain
Nasihat aku adalah mudah sahaja. Menjadi seorang blogger, perlu jujur dalam menulis. Tulislah perkara yang benar. Jangan menipu dalam membuat sebarang penulisan. Selain itu, nasihat aku adalah sentiasa aktif berblogging.Ya, nasihat pada rakan blogger dan juga diri sendiri. Sebab kadang-kadang aku sendiri tidak aktif dalam berblogging.

Sekian.

....................................................................

Jemput rakan blogger untuk sertai :-





9 ulasan:

  1. Blogging ni dia ada musim dia. haha kalau mai tang rajin nak la update. kalau tak em kirim salam la. Ain pun stop 2017. 2018 bru start sikit2. sebulan 1-2 entry je haha. tp blogwalking takleh tggl inshaAllah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. musim malas dan musim rajin. bila datang musim malas , habislah blog tu kena tinggal

      Padam
  2. diari jejaka hangat? tak silap kita pernah komen komen satu ketika dulu.. haha. sebelum azah rahaman, azah ada juga guna nama azza firza, zaza96, ukhti azah :)) okaylah sekarang dah guna nama sendiri. itu lagi baik sebenarnya kan. lebih profesiional. hehe. tq for participating :D


    btw nice advise! betul2 tu. kena jadi diri sendiri dan jujur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. haha zaman diari jejaka hangat tu zaman budak2 lagi :D

      Padam
  3. Singgah di sini dan salam perkenalan..
    http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html

    BalasPadam
  4. assalamualaikum... sy dr segemen yg sama... salam ukhuwah dan teruskan berblog ya!

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.