3 April 2018

Album Cindai (1997)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Cindai merupakan album studio ketiga Siti Nurhaliza, dan juga percubaan pertama Siti dalam menghasilkan album berentak irama Malaysia. Cindai juga memuatkan lagu yang memberi impak besar kepada industri muzik tanah air, iaitu "Cindai". Dalam album ini cuma ada dua buah lagu baru, iaitu "Cindai" dan "Joget Berhibur", yang selebihnya adalah lagu lama dan klasik yang diberi nafas baru. Album ini telah terjual melebihi 120,000 unit.

Album ini menjadi album Siti Nurhaliza yang pertama mempunyai runut tajuk.

.......................................................................



Latar Belakang

Pada April 1996 dan Januari 1997, Siti Nurhaliza merakamkan dua albumnya, yang kedua-duanya menggunakan namanya sebagai judul album dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada umum, pengulas dan pengkritik muzik. Semasa masih mempromosikan album keduanya dan muncul dengan lagu tradisional sulungnya, Sri Mersing yang dimuatkan dalam album keduanya, Siti telah membuat persiapan untuk merakamkan album tradisional pertamanya dengan apa yang dikenali sebagai Cindai. Mengetengahkan genre muzik tradisional, pop etnik, dan Irama Malaysia, Cindai memuatkan 10 lagu dengan dua daripadanya adalah lagu baru dan lapan lagi ialah lagu lama yang diberikan nafas baru dan merupakan Hakcipta Terpelihara.

Album Cindai merupakan album pertama Siti yang mana beliau bekerjasama dengan komposer dan pemuzik terkenal, Suhaimi Zain atau Pak Ngah (yang turut menerbitkan album Sahmura, Sanggar Mustika dan Lentera Timur) yang berperanan sebagai penerbit album, bersama Rahim Jantan dan S. Atan. Pemuzik lain yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Hairul Anuar Harun, Siso Kopratasa, Elya Khadam dan Ibu Mursih. Lagu “Cindai” telah dikeluarkan sebagai single pertama, sebelum pelancaran album ini pada 17 November 1997.

......................................................................


Senarai Runut :-


1. Cindai
Penulis : Hairul Anuar Harun
Komposer : Pak Ngah Suhaimi

2. Laksamana Mati Dibunuh

3. Janji

4. Lela Manja

5. Kaparinyo

6. Es Lilin

7. Damak

8. Joget Pahang

9. Patah Hati

10. Joget Berhibur
Penulis : Siso Kopratasa
Komposer : Rahim Jantan

.......................................................................

Keluaran dan sambutan

Album Cindai dikeluarkan pada 17 November 1997, 11 bulan selepas Siti melancarkan album keduanya, dengan "Cindai" dipilih sebagai single pertama. "Joget Berhibur" dan "Joget Pahang" dikeluarkan sebagai single seterusnya. Album ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan baik serta telah terjual melebihi 120, 000 unit pada hari pertama keluarannya dan menerima pensijilan 5x platinum. Muzik video telah dikeluarkan untuk lagu "Cindai", "Es Lilin", "Janji" dan "Laksamana Mati Dibunuh".

............................................................



Anugerah


  • Anugerah Juara Lagu 1998

Lagu : Cindai
Kategori Irama Malaysia - Menang
Juara Keseluruhan


  • Anugerah Juara lagu 2005

Lagu : Cindai
Lagu Pilihan Penonton : Menang


  • Anugerah Juara Lagu 2015

Lagu : Cindai
Anugerah Qu Puteh Diva - Menang

...................................................................

Sumber : Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.