26 April 2018

Album Fragmen (2014)


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Fragmen ialah album studio ke-16 dan album bahasa Melayu ke-15 oleh penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza. Album ini dilancarkan pada 30 Jun 2014 secara fizikal oleh Universal Music Malaysia dengan kerjasama syarikat miliknya, Siti Nurhaliza Productions. Secara liriknya, kebanyakan lagu dalam album ini adalah berdasarkan kehidupan dan pengalamannya. Pembikinan album ini telah menyaksikan kerjasama antara penggubah, penulis lirik dan penerbit dari Malaysia dan Indonesia.

Album ini telah dilancarkan secara rasminya di Indonesia pada 21 Oktober 2014. Runut tambahan, sebuah lagu duet bersama Cakra Khan, “Seluruh Cinta” telah dilancarkan sebagai single pertama album ini untuk pasaran Indonesia pada hari yang sama.

Sehingga 27 Ogos 2014, album ini telah menerima pengiktirafan Platinum selepas dipasarkan sebanyak 10,000 salinan. Lebih kurang 3 bulan kemudian, Fragmen dianggarkan telah dijual sekitar 50,000 salinan.

............................................................................



Latar Belakang

Fragmen ialah album pertama Siti Nurhaliza hasil kerjasama antara syarikat miliknya, Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia sejak Julai 2011. Penerbitan album ini bermula pada Oktober 2012 dengan pelancaran single "Galau" pada 11 Januari 2013. Walaupun dilancarkan secara digital pada Januari 2013, Galau dipersembahkan semasa konsert Dato' Siti Nurhaliza - Live in Kuantan pada November 2012. Bagaimanapun, apabila Fragmen dilancarkan pada 30 Jun 2014, "Galau" telah digugurkan daripada senarai runut terakhir. Menurut pengurusannya, pelancaran "Galau" hanya untuk tujuan promosi untuk memperkenalkan usaha kerjasama antara Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan Universal Music Malaysia kepada umum dan tidak sesuai dimuatkan dalam album ini kerana kelainan hala tuju muzik.

Pada 15 Mei, single pertama album ini, “Lebih Indah” telah dipersembahkan semasa rakaman rancangan khas 90 minit sempena Hari Raya Aidilfitri bersama TV2, Konsert Sanggar Lebaran Dato’ Siti Nurhaliza. Rancangan ini disiarkan selepas itu, pada 8 Ogos. Dirakamkan pada 2013, lagu ini dikatakan mencerminkan emosinya apabila menjaga suaminya yang terlibat dalam kemalangan motosikal di New Zealand pada Disember 2012.

Proses untuk mengumpulkan lagu mengambil masa tiga bulan. Saya dapat lebih kurang dalam 40 buah lagu. Selepas semua lagu menjalani proses penilaian bersama dengan saya, Universal Music dan pihak Siti Nurhaliza Productions sendiri, sembilan lagu dipilih untuk dimuatkan dalam ‘Fragmen’.

Dalam proses penciptaan album, album itu menyaksikan kerjasama pemuzik, penggubah dan juruteknik dari pelbagai negara. Proses 'mastering' album ini dilakukan oleh Sterling Sound Studio di New York.

Karya Seni dan Tajuk

Dirakamkan oleh Bustamam Mokhtar, kulit album menggambarkan Siti menggayakan busana hitam. Beliau menjelaskan busana hitam pilihan beliau sebagai "Selain hasil perbincangan bersama pihak yang terbabit dalam penghasilan kulit album, Siti memilih hitam kerana ia warna kesukaan Siti dan amat sesuai dengan gaya elegan yang Siti kehendaki."Album ini juga menandakan kulit album pertama beliau di mana beliau mengenakan tudung. Beliau menjelaskan:"Ini kali pertama kulit album yang merakam saya berhijab. Walaupun berhijab, saya inginkan kelainan dan dalam masa yang sama imej yang ditampilkan itu sesuai dengan elemen pop yang ada dalam album ini. Sebab itu, saya sengaja memilih warna hitam sepenuhnya untuk pakaian kerana hitam nampak elegan."

Dipilih oleh kakak iparnya, Rozi Abdul Razak, menurut Siti, tajuk album ini dikatakan "menggambarkan sebahagian daripada kisah, cerita dan peristiwa hidup sehari-hari.

.........................................................................



Sambutan

Dalam masa seminggu selepas ia dilancarkan, Fragmen telah dijual sebanyak 5,000 salinan, dan menjadikannya penerima pensijilan Emas. Sehingga 27 Ogos, album ini telah menerima pensijilan Platinum selepas ia dipasarkan sebanyak 10,000 salinan. Lebih kurang tiga bulan kemudian, pada 20 November, difahamkan bahawa album ini telah terjual dalam anggaran 50,000 salinan.

...........................................................................

Senarai Runut

1. Aku
Penulis : Mike Chan
Komposer : Faizal Tahir

2. Jaga Dia Untukku
Penulis : Rozisangdewi
Komposer : Aubrey Suwito

3. Mula dan Akhir
Penulis : Tinta
Komposer : Awi Rafael

4. Kau Sangat Bererti
Penulis : Hamid Mufari
Komposer : Hamid Mufari

5. Sanubari
Penulis : Ce'kem
Komposer : Adi Priyo

6. Terbaik Bagimu
Penulis : Jeje Govinda
Komposer : Ade Govinda

7. Warna Dunia
Penulis : Rozisangdewi
Komposer : Lin Li Zhen

8. Membunuh Benci
Penulis : Hairul Anuar Harun
Komposer : Acap

9. Lebih Indah
Penulis : Ad Samad
Komposer : Aubery Suwito

...........................................................................



Anugerah

  • Anugerah Muzik Dunia 2014
Lagu : Lebih Indah
Lagu Terbaik Dunia - Dicalonkan
Video Muzik Terbaik Dunia - Dicalonkan

  • Anugerah Planet Muzik 2014
Lagu : Lebih Indah
Lagu terbaik (Malaysia) - Menang
Artis Wanita Terbaik - Menang

Lagu : Terbaik Bagimu
Kolaborasi Terbaik (Lagu) - Dicalonkan

  • Anugerah Industri Muzik 2014
Rakaman Album Terbaik - Dicalonkan
Album Terbaik - Menang
Kulit Album Terbaik - Dicalonkan

Lagu : Lebih Indah
Persembahan Vokal Terbaik dalam lagu (Wanita) - Menang
Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu - Dicalonkan

Lagu : Jaga Dia Untukku
Lagu Pop Terbaik - Dicalonkan

  • Anugerah Meletop Era 2015
Lagu : Jaga Dia Untukku
Penyanyi Meletop - Menang
Lagu Meletop - Dicalonkan

  • Anugerah K-20 Karaoke Popular
Lagu : Jaga Dia Untukku
10 Lagu Berbahasa Melayu Paling Popular 2014 - Menang , Tempat ke-9
  • Anugerah Planet Muzik 2015
Lagu : Jaga Dia Untukku
Lagu Popular APM - Dicalonkan

Lagu : Seluruh Cinta
Lagu Popular APM - Dicalonkan
Duo/Berkumpulan Terbaik - Dicalonkan
Kolaborasi Terbaik (Artis) - Menang

Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.