Album Siti Nurhaliza (1996)



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Siti Nurhaliza ialah album studio sulung Siti Nurhaliza selepas menjuarai Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995, terbitan Suria Records. Adnan Abu Hassan, seorang penggubah muzik terkenal di Malaysia, berperanan sebagai penerbit album. Album ini dilancarkan pada 1 April 1996 dengan menggunakan nama Siti sebagai judul album. Album ini diisi lagu-lagu bergenre pop dan balada, termasuk "Jerat Percintaan" yang menjuarai Anugerah Juara Lagu TV3 pada tahun yang sama. Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit.

Beliau memenangi anugerah itu semasa penyertaan pertamanya ke Anugerah Juara Lagu dengan menewaskan Ziana Zain dan Fauziah Latiff.

Album ini merupakan salah satu daripada enam album Siti dengan kolaborasi bersama Adnan Abu Hassan yang turut menyumbangkan 7 lagu dalam album ini.

....................................................................................................


Latar belakang Album


Selepas dinobatkan sebagai juara Bintang HMI pada 1 April 1995, Siti Nurhaliza menerima tawaran kontrak rakaman penuh daripada Pengurus Besar Suria Records (SRC), Encik Tan Su Loke yang sanggup datang ke rumah beliau di Kuala Lipis, Pahang untuk meminta bapa Siti, Tarudin Ismail untuk menandatangani kontrak rakaman. Sebelum menyertai SRC, beliau telah menerima kontrak rakaman daripada beberapa syarikat rakaman lain seperti Warner Music, BMG Music dan Sony Music Entertainment.

Beliau akhirnya menyertai Suria Records selepas menerima tawaran daripada Tan Su Loke dan Pengurus A&R Suria Records pada waktu itu, Adnan Abu Hassan (yang sebelum ini mengarang lagu dan menerbitkan album untuk beberapa artis terkenal seperti Nora dan Fauziah Latiff) kerana mereka menyedari potensi besar dan pakej yang lengkap dimiliki oleh Siti dan percaya bahawa anak jati Temerloh, Pahang ini akan menjadi penghibur terkenal satu hari nanti.

Apabila Siti memilih untuk mengikat kontrak dengan syarikat rakaman itu, ramai yang beranggapan beliau telah membuat pilihan yang tidak tepat kerana banyak lagi syarikat rakaman besar ingin mengambilnya sebagai artis mereka.Namun beliau mempunyai alasan tersendiri mengenai pilihannya untuk menyertai syarikat itu, antaranya kerana yakin dengan lagu-lagu ciptaan Adnan yang dianggap bersesuaian dengan suara dan cara penyampaiannya.

Bekerja di bawah bimbingan Adnan yang mengajarnya dari segi vokal dan teknik nyanyian, Siti memulakan rakaman album pertamanya yang dijalankan pada Jun 1995 dan siap sepenuhnya pada Februari 1996. Sewaktu proses memasukkan vokal, Siti berulang-alik dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu pada Jumaat dengan menaiki bas ekspres dan di temani samada ibunya, Sit Salmah Bachik atau abangnya, Saiful Bahri dan pulang semula ke Kuala Lipis pada petang Ahad kerana Siti masih bersekolah, dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis.

Sebelum muncul dengan Jerat Percintaan, Siti terlebih dahulu diperkenalkan menerusi lagu Mawarku, sebuah lagu duet bersama kumpulan 2 by 2 dan merupakan versi asal lagu yang pernah dipopularkan oleh Aziz Jaafar dan kumpulan Pancasitara, dan kemudiannya dinyanyikan semula oleh pasangan adik-beradik Eddie dan Hamidah Ahmad. Ini juga merupakan rakaman pertama Siti di dalam kerjaya muziknya. Tanpa disangka, lagu Mawarku berjaya menjuarai carta radio termasuk Radio Muzik, (di mana beliau diperkenalkan menerusi segmen artis baru, tiga bulan sebelum pelancaran album pertamanya) sekaligus memperkenalkan Siti kepada pengetahuan umum.

...........................................................................



Senarai Runut

1. Jawapan Di Persimpangan
Penulis Lirik: Othman Zainuddin
Komposer : Adnan Abu Hassan

2. Mahligai Asmara
Penulis : Hani M. J
Komposer : Adnan Abu Hassan

3. Jerat Percintaan
Penulis : Othman Zainuddin, Hani M.J
Komposer : Adnan Abu Hassan

4. Antara Waktu Dan Usia
Penulis : Hani M.J
Komposer : Adnan Abu Hassan

5. Sempadan
Penulis : Hani M.J
Komposer : Adnan Abu Hassan

6. Sanggar Bayu
Penulis : Othman Zainuddin
Komposer : Adnan Abu Hassan

7. Cari-Cari
Penulis : Shahnaz
Komposer : Fauzi Marzuki

8. Bicara Luka
Penulis Amran Omar
Komposer : Fauzi Marzuki

9. Kerana Jelingan Mu
Penulis : Lukman S.
Komposer : Adnan Abu Hassan

10. Jalanan Berduri
Penulis : Hani M.J
Komposer : Peter Fam

..........................................................................




Senarai Anugerah

  • Anugerah Juara Lagu 1996
Lagu : Jerat Percintaaan
Kategori Balada - Menang
Persembahan Terbaik - Menang
Juara Lagu Keseluruhan - Menang


  • Anugerah Industri Muzik 1997
Lagu : Jerat Percintaan
Lagu Terbaik - Menang


  • Anugerah Industri Muzik 1998
Album : Siti Nurhaliza
Album Pop Terbaik - Dicalonkan
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) - Dicalonkan

...............................................................................

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. one of my fav singer. entah kenapa kalau karaoke mesti nak nyanyi lagi siti :)

    ReplyDelete
  2. lagu siti yg lama2 mmg berhantu... hehe... time akak form 4 ni thn 1996

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat berhantu. huhu. masa 1996 , saya baru umur setahun :)

      Delete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post