17 April 2018

Album Transkripsi (2006)

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Transkripsi ialah album studio kesebelas Siti Nurhaliza. Ia memuatkan 13 buah lagu. Antara penggubah yang terlibat ialah Melly Goeslaw, Damian VE, Cat Farish, Lin Li Zhen, Aubrey Suwito, Erwin Gutawa, Glenn Fredly, Tengku Shafiek, Yasin dan Siti Nurhaliza sendiri. Album ini telah terjual melebihi 80,000 unit. Transkripsi bermaksud himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini.

Album Transkripsi juga merupakan album pertama Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri iaitu, Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd dan album pertama beliau dimana Siti berperanan sebagai penerbit dan penerbit eksekutif. Album ini diiktiraf sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan oleh Siti Nurhaliza, kerana kepelbagaian elemen pop, rock, dan turut memuatkan lagu balada yang baik.


......................................................................................................



Latar Belakang

Ia menjadi album pertama Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat miliknya, Siti Nurhaliza Productions selepas beliau meninggalkan Suria Records (SRC) pada awal 2005 selepas menerbitkan 10 album bersama SRC dan ia dikeluarkan 10 tahun selepas pelancaran album pertama beliau pada 1996.

Siti memulakan promosi album Transkripsi dengan mengedarkan lagu Biarlah Rahsia di semua stesen radio di seluruh negara. Lagu ini diterbitkan sebagai maklum balas kepada pihak petugas media yang bertungkus-lumus menyiasat kehidupan peribadi Siti, terutamanya mengenai perhubungannya dengan ahli perniagaan terkenal, Datuk Khalid Mohamad Jiwa menjelang hari perkahwinan mereka pada 21 Ogos 2006.

Transkripsi menerima pujian kritis daripada daripada pengulas dan menyifatkannya sebagai salah satu album terbaik Siti yang pernah dihasilkan dan penerbitan album ini merupakan percubaan pertama Siti untuk menerbitkan album di bawah syarikatnya sendiri.

.............................................................................



Keluaran dan Sambutan

Album Transkripsi dikeluarkan pada 23 April 2006 dan muzik video untuk Biarlah Rahsia dan Bisakah telah diterbitkan.

Ianya cemerlang dengan dikurniakan sijil 3 kali platinum kerana jualan melebihi 80,000 unit, sekaligus menggondol anugerah Album Terbaik dan Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14, di samping juga membantu Siti merangkul tiga anugerah (Lagu Terbaik untuk "Biarlah Rahsia", Artis Wanita Terbaik, Artis Wanita Popular) Anugerah Planet Muzik pada tahun yang sama.

........................................................................................................




Senarai Runut

1. Siti Situ Sana Sini
Penulis : Cham VE
Komposer : Damian VE dan Lah VE

2. Biarlah Rahsia
Penulis : Siti Nurhaliza
Komposer : Melly Goeslow

3. Destinasi Cinta
Penulis : PSNN
Komposer : Lin Li Zhen

4. Cuba Untuk Mengerti
Penulis : Tengku Shafiek
Komposer : Tengku Shafiek

5. Hidup Penuh Bicara
Penulis : Yasin & Eena Houzyama
Komposer : yasin

6. Bila Harus Memilih
Penulis : Glenn Fredly
Komposer : Glen Fredly

7. Pastikan
Penulis : Melly Goeslow
Komposer : Melly Goeslow

8. Hati Berbisik
Penulis : Siti Nurhaliza
Komposer : Siti Nurhaliza & Aubrey Suwito

9. Rupanya Kita Serupa
Penulis : Cat Farish
Komposer : Cat Farish

10. Tanpa Dendam Di Hati
Penulis : Habsah Hassan
Komposer : Erwin Gutawa

11. Intrig Cinta
Penulis : loloq
Komposer : Siti Nurhaliza

12. Impiankan Nyata
Penulis : Rauf
Komposer : Abd. Rahim Bachik, Rauf & Firdaus Mahmud

13. Bisakah
Penulis : Tessh RS
Komposer : Aubrey Suwito

..........................................................................................


Anugerah


  • Anugerah Industri Muzik 2007


Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) - Dicalonkan
Kulit Album Terbaik - Dicalonkan
Album pop Terbaik - Menang
Album Terbaik - Menang

Lagu : Bisakah
Video Terbaik - Dicalonkan


  • Anugerah Planet Muzik 2007
Album Terbaik - Dicalonkan


Lagu : Biarlah rahsia
Lagu Paling Popular - Dicalonkan
Lagu Terbaik - Menang


  • Anugerah Juara Lagu 2007

Lagu : Destinasi Cinta
Kategori Pop Rock - Dicalonkan


  • Anugerah Era 2006

Lagu : Biarlah Rahsia
Lagu Pop Pilihan Terbaik - Dicalonkan


  • Anugerah Era 2007

Lagu : Pastikan
Lagu Pop Pilihan Terbaik - Dicalonkan
Penyanyi Wanita Pilihan Terbaik - Menang

............................................................................
Sekian

4 ulasan:

  1. Teringat zaman sekolah dulu, kumpul duit sebab nak beli kaset Datuk Seri Siti Nurhaliza ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow.. mmmg minat dgn beliau lah kan? :)

      Padam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.