17 April 2018

Kelebihan Apabila Kita Menderma Darah

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Dalam entri kali ini , aku nak share dengan anda semua kelebihan apabila kita menderma darah. Anda pernah menderma darah? Menderma darah merupakan salah satu perbuatan yang sangat dipuji kerana kita membantu orang lain melalui darah yang didermakan. Jom kita lihat lima kelebihan menderma.

...............................................................

Sesuatu yang PER-CU-MA

Teruja bila nampak perkataan percuma? Haa, sebenarnya, seseorang itu hanya boleh menderma kalau dia sihat secara keseluruhannya. Jadi, sebelum proses menderma, akan ada satu siri pemeriksaan kesihatan yang akan dijalankan secara percuma.

Dengan pemeriksaan tersebut, kita boleh tahu kalau-kalau ada yang tak normal dalam tekanan darah atau kolestrol kita. Ataupun, ada sebarang penyakit yang kita tak tahu lagi, kemungkinan penyakit itu masih diperingkat awal. Seperti sedia maklum, rakyat Malaysia sangat ‘prihatin’ dengan kesihatan sendiri; bila dah sakit baru nak jumpa doktor. Sebelum ia bertambah teruk lagi, sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui dan merawatnya dengan segera, dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang lain boleh dielakkan.

Selepas itu, darah yang diderma tadi ditapis untuk kenalpasti kalau ada sebarang jangkitan virus, seperti HIV, sifilis, hepatitis dan sebagainya. Pemeriksaan kesihatan berjadual sangat bermanfaat kepada penderma; membantu kita untuk menyemak perkembangan kesihatan kita, terutama sekali jika penderma kerap menderma darah.

Tingkat tahap kesihatan

Sebenarnya, sesiapa yang kerap menderma darah boleh mengurangkan perasaan bimbang mengenai kesihatan. Ujian kesihatan yang tadi dibuat boleh memberitahu mengenai tahap kesihatan kita. Hilangnya perasaan bimbang, boleh melahirkan perasaan positif dan seterusnya membina dan menambahkan keyakinan diri serta kesejahteraan hidup seseorang secara umumnya.

Buang yang kotor, ambil yang jernih

Jangan tak tahu, darah kita akan digantikan dengan sel-sel darah baru yang segar selepas menderma. Ia memaksa badan menggantikan darah yang hilang, membantu badan penderma kekal sihat, berfungsi dengan lebih cekap, dan bekerja dengan lebih produktifnya.

Membakar kalori

Tak disangka-sangka, menderma darah boleh juga mengurangkan kalori si penderma hanya dengan berbaring diatas kerusi. Walaupun ramai yang diberitahu berat badan penderma akan bertambah selepas menderma, itu sama sekali tak benar.

Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 Kal seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti. Sekarang, tentu lebih ramai yang ingin menderma darah, bukan?

Tetapi, menderma darah ada hadnya. Penderma hanya boleh menderma sekali dalam dua atau tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi seseorang.



Mengurangkan risiko sakit jantung

Walaupun zat besi adalah elemen yang penting untuk memastikan badan berfungsi dengan baik, jika ia berlebihan akan membawa kepada stres oksidatif – penyumbang utama kepada serangan jantung, strok, percepatan proses penuaan serta lain-lain penyakit. Jika seseorang itu menderma darah dengan kerap, ia dapat membantu menyeimbangkan tahap zat besi dalam badan. Mereka yang menderma darah setahun sekali mempunyai risiko 88% lebih rendah mendapatkan serangan jantung berbanding mereka yang tidak menderma.

Mengurangkan risiko kanser

Ramai sebenarnya tak tahu, menderma darah secara konsisten dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru, kanser hati, kanser kolon, kanser perut dan kanser tekak. Siapa yang tak mahu mengurangkan risiko kanser?


Oleh itu, jadikanlah aktiviti menderma darah suatu rutin, lebih baik lagi kalau kita dapat mengajak ramai teman-teman dan kaum keluarga untuk sama-sama menderma. Aktiviti yang dilakukan bersama-sama membantu mengeratkan perhubungan, malah menyumbang kepada komuniti bagi menyelamatkan nyawa orang lain, pada masa yang sama memperolehi manfaat kesihatan.



Sumber : Astro

Sekian

13 ulasan:

  1. So far 6 kali dah derma, skrg dh tak dapat dah, darah slalu go upstair ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

    BalasPadam
    Balasan
    1. upstair? darah naik eh? tapi byk juga 6 kali derma darah tu

      Padam
  2. teringin jugak nak derma darah tapi selalu terlepas tarikh huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas ni kena selalu check la tarikhnya :)

      Padam
  3. lagi satu yang miza tahu bila ada jenis orang yang jenis berdarah pekat bila derma darah mampu melancarkan salur darah.

    BalasPadam
  4. Seumur hidup zumal belum pernah derma darah. Insha Allah nanti nak derma juga laa...

    BalasPadam
  5. Tak pernah derma darah sebab berat tak cukup..underweight

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena naikkan berat kalau mcm tu. baru boleh derma darah..

      Padam
  6. In Sha Allah ada rezeki nak derma juga

    BalasPadam
  7. Baru 3 kali je derma darah.. nak derma lagi tapi entah bila

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.