12 April 2018

Review Blog : SisHawa Dot Com



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hai semua , kita kembali lagi di segmen review blog. Alhamdulillah, sudah 5 blog termasuk entri ini sudah direview. Masih berbaki 5 blog sahaja lagi. Baiklah, blog seterusnya adalah blog SisHawa.Com. Pandang pertama terhadap blog ini apabila scroll dari atas ke bawah : SANGAT CANTIK.





Mengenai tuan blog, beliau merupakan full-time blogger, berasal dari negeri Pantai Timur iaitu negeri Kelantan. Beliau merupakan seorang yang berpendidikan jurusan perniagaan. Wahh!!! Beliau juga seorang ibu kepada enam orang anak.



Mengenai blog pula, jujur nak bagitahu yang blog ini sangat cantik rekabentuknya. Widgetnya sangat tersusun, berada di sebelah kanan dan di bahagian bawah. Sangat tersusun dan teratur. Juga tema warna yang lembut membuatkan rasa tenang bila singgah di blog ini. Selain itu, senang untuk emlihat entri-entri terdahulu dan entri lain yang ditulis dengana danya widget Terbaru, Blog Archieve dan juga Label.

Seterusnya kedudukan Widget Blogger, Widget Google Plus dan Like FB button yang berdekatan membuatkan kita mudah untuk follow akaun-akaun tersebut. Bila dilihat lebih lama , rupanya blog ini dan blog aku sendiri mempunyai template yang agak sama kerana sumbernya daripada tempat yang sama iaitu SoraTemplates. Patutlah nampak lebih kurang , cuma warna berbeza. Entri pertama di dalam blog ini adalah pada tahun 2017, bermakna blog ini berusia satu tahun lebih sahaja, aku ingatkan blog ini sudah lama wujudnya kerana ianya nampak sangat matang dan bagaikan sudah bertahun-tahun blogging.



Akhir sekali , ada satu giveaway menarik sedang dijalankan di blog ini , jadi anda bolehlah ke entri giveaway itu untuk sertainya. Boleh klik pada gambar di atas ya. Kepada blogger yang sudah sertai , jom kita blogwalking beramai-ramai ke blog ini. Pasti anda semua akan suka dengan blog ini.


...........................................................................................

P/s : Minta kebenaran tuan blog untuk screenshot beberapa bahagian di dalam blog. Terima kasih.

Baca Juga :-

Senarai Pemenang Review Blog April 2018

Review Blog Percuma April 2018 !

13 ulasan:

  1. perasan jugak kak awa kalau edit blog mesti guna soratemplates

    BalasPadam
  2. Oh..selalu jugak komen di blog beliau tapi taktau pulak yang anaknya 6 orang. Wah, best betul

    BalasPadam
  3. blog hawa.
    aida folo blog hawa since awal2 hawa start blogging, kalau tak silap la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awa cukup cam ngan gambar profilel AIDA yg comey tu =D

      Padam
  4. Kalau nak tau lagi SisHawa ni admin #teambpt tau 😆

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Aerill..... terima kasih banyak ya kerana sudi pilih sis dan terima kasih banyak juga kerana sudi luangkan masa untuk review blog sis.

    Nampak matang - sebabnya sis ni dah usia 30an dan kategori mak2.. hehe.
    Mcm dh bertahun blogging - ya mmg dah lama tapi dulu dgn blog lain. Busy sgt dulu blog pun berkubur. Tak serius mana masa tu. Sejak tahun lepas kembali aktif dgn blog yg baru.

    salam kenal semua.. jemput2 singgah blog sis =D

    BalasPadam
  6. Sis Hawa memang seorang peramah sangat2 dan sangat happening dalam group #teambpt kami.. hihi

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.