Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 - Aerill Hassan™

Terkini

Friday, April 27, 2018

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Julung kalinya blogger HasrulHassan menganjurkan segmen. Ya , kali ini aku nak sertai salah satu segmen yang ada di bulan April ini. Kalau lihat pada tajuk segmen pun kita dah tahu berkenaan apa segmen ini. Syarat pula sangat mudah, hanya perlu menjawab soalan sahaja.

.................................................................................




Soalan : Senaraikan lima aktiviti yang akan anda lakukan dalam bulan Ramadan (macam kira azam la) dalam post tersebut. Kalau boleh aktiviti ini mesti sesuatu yang boleh jadikan anda lebih baik dari Ramadan sebelum ini. Contohnya: Saya akan sholat berjemaah terawih selama 20 malam pertama tanpa tinggal atau Saya akan cuba banyakkan sedekah awal pagi sepanjang Ramadan.

1. Tadarus Al Quran

In shaa Allah , Ramadan kali ini aku akan memperbanyakkan tadarus al quran. Mungkin di waktu malam ataupun selepas solat subuh. Kalau sebelum ini , di sekolah aku rajin bertadarus tetapi selepas zaman persekolahan , semuanya semakin kurang.

2. Terawikh

In shaa Allah, Ramadan kali ini aku akan menyempurnakan solat terawih bagi kesemua malam. Kalau sebelum ini ada beberapa malam yang ditinggalkan tetapi kali ini , aku berazam untuk menunaikan solat ini pada setiap malam.

3. Pembaziran

In shaa Allah , bulan Puasa ini aku akan mengelakkan pembaziran apabila hanya membeli juadah berbuka yang sederhana sahaja. Sekadar alas perut. Kalau sebelum ini banyak makanan yang dibuang begitu sahaja. In shaa Allah.

4. Sedekah

Aku juga berazam untuk memperbanyakkan sedekah, dari segi bentuk kewangan mahupun doa , aku akan memperbanykkan sedekah mungkin ada beberapa jumlah yang akan aku tetapkan bagi tiap-tiap hari.

5. Kurangkan Hiburan

Hiburan pada bulan ini in shaa Allah aku akan kurangkan seminimum yang mungkin. Bermakna aku akan jauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membuang masa atau sesuatu yang lagha..

..................................................................................

Kepada anda yang nak sertai segmen blgowalking ini , anda bolehlah klik pada gambar di atas untuk menyertai segmen ini.

Sekian

3 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.