13 April 2018

Tun Dr Mahathir dan Dato Sri Siti Nurhaliza Individu Paling Dikagumi Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tun Dr. Mahathir menjadi individu lelaki di Malaysia yang paling dikagumi apabila mendapat  15.00% dan berada di kedudukan pertama. Manakala Dato Sri Siti Nurhaliza menjadi individu wanita paling dikagumi di Malaysia apabila mendapat 14.10% dan berada di tempat pertama bagi kategori wanita. Turut tersenarai bagi kategori lelaki adalah Anwar Ibrahim yang berada di kedudukan yang ke 8 dengan markah 5.30% dan juga Perdana Menteri Najib Razak di kedudukan ke 15 dengan markah 2.50%.

Bagi kategori wanita pula , turut tersenarai adalah di tempat kedua , isteri kepada Tun Dr. M, Siti Hasmah Mohamad Ali dan juga Neelofa di kedudukan ke 3. Selain itu, isteri perdana menteri, Rosmah Mansur berada di kedudukan 25 dengan markah 1%. Statistik ini dikeluarkan oleh YouGov iaitu firma penyelidikan di United Kingdom.


Siti Nurhaliza turut menulis dan berkongsi di instagramnya.




Tahniah diucapkan kepada kedua-dua figura terkenal di Malaysia ini. Aku sendiri merupakan salah seorang daripada individu di Malaysia yang mengagumi kedua-duanya. Siapakah yang paling anda kagumi? Adakah mereka tersenarai juga?


Sekian


10 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.