Biodata Dr. Nur Amalina Che Bakri



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Masih ingatkah anda tentang kisah yang menggemparkan negara suatu ketika dahulu?  Pada tahun 2004, Malaysia dikejutkan apabila seorang pelajar SPM berjaya mendapat 17A1 di dalam SPMnya. Pencapaian itu dianggap luar biasa apabila beliau menjadi satu-satunya pelajar yang berjaya mendapat keputusan sebegitu. Bagaimanakah keadaan beliau sekarang?

Beliau sekarang bekerjaya sebagai seorang doktor pakar pelatih bedah di England. Selain itu, beliau juga aktif di twitter dengan kebanyakan follower dan tweet beliau adalah mengenai kisah kehidupan beliau dan juga soalan-soalan daripada rakyat Malaysia yang mengagumi beliau. Di akaun twitter juga, beliau berkongsi tentang tips-tips untuk mendapat kejayaan dan sebagainya.




Biodata

Nama : Dr. Nur Amalina Che Bakri
Umur : 30 Tahun
Asal : Kota Bharu, Kelantan dan dibesarkan di Johor Bahru

Pendidikan Lanjutan

2005-2007 : A-Level di The Cheltenham Ladie's College
2007-2013 : Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan di The University of Edinburgh
2009-2010 : Ijazah Sarjana Muda (BMedSc) Farmakologi di The University of Edinburgh
2012-2013 : Doktor Pelatih bagi program Surgikal Onkologi dan Ginekologi di Harvard Medical School, Harvard University, Amerika Syarikat.
2013-2015 : Masters of Philosophy (MPhil) dalam bidang penterjemah perubatan dan terapeutik di University of Cambridge
2017-kini : mengikuti pengajian doktor falsafah (PHD)

Kerjaya :

2013-2015 : Doktor junior di Cambridge University Hospital, NHS Foundation
2015-Kini : Pakar pelatih bedah di bahagian surgikal dan trauma di Imperial College Healthcare NHS Trust di bawah seliaan The Royal College of Surgeons of England.


Melihat kepada perjalanan beliau selepas mendapat keputusan SPM, sungguh luarbiasa. Kejayaan beliau menjadi satu inspirasi buat semua rakyat Malaysia. Semoga kita juga berjaya mendapat kejayaan yang serupa seperti beliau.
Sumber : Instagram

Sekian

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post