26 Mei 2018

Huawei Nova 2 Lite : Telefon Pintar Kelas Permulaan



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri kali ini adalah mengenai sebuah telefon pintar generasi kedua yang sama seperti telefon pintar yang aku gunakan sekarang ini. Sekarang, aku menggunakan telefon pintar Huawei Nova Lite yang telah dilancarkan pada tahun 2017. Aku pernah ceritakan tentang telefon pintar itu dalam satu entri terdahulu.

Jom kita lihat spesifikasi dan beberapa kelebihan yang ada pada telefon pintar Huawei Nova 2 Lite.

Spesifikasi

Ia sebuah peranti kelas permulaan dengan skrin 5.99″ IPS LCD FullView Display HD+, dijana pemproses Snapdragon 430, memori sebesar 3GB RAM dan storan sebesar 32GB. Kamera utama menggabungkan sensor 13+2 Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Sistem dwi-kamera yang digunakan adalah dari jenis yang mengesan kedalaman bagi menyokong fungsi bokeh. Bateri pula sebesar 3000 mAh.


Sistem operasi Android 8.0 Oreo dengan pelancar EMUI 8.0 digunakan. Terdapat pengimbas cap jari disertakan pada bahagian belakang begitu juga dengan sistem nyahkunci menggunakan wajah. Di Malaysia Huawei Nova 2 Lite akan mula dijual bermula 23 Mac pada harga RM 799 sebuah dengan pilihan warna hitam dan biru.



Kamera

Kamera Nova 2 Lite ini membawakan sistem dwi kamera 13MP+2 MP dengan bukaan mode aperture yang luas serta dapat memberikan kesan bokeh yang cantik seperti kamera DSLR kepada gambar yang diambil. Kamera hadapan 8MP untuk telefon pintar ini juga mampu memberikan kesan yang cantik kepada gambar swafoto dan boleh menyesuaikan kecerahan dengan mode auto dan manual untuk menghasilkan gambar potret yang cantik.


Bateri 

Telefon pintar ini mampu bertahan sehingga 6 jam 19 minit untuk penggunaan sepanjang hari. Jadi jangka hayat baterinya boleh dikatakan amat baik bagi peranti yang mempuyai kapasiti bateri sebesar 3000mAh. Walaupun telefon pintar ini tidak disertakan dengan sokongan pengecasan pantas, ia mampu bertahan sepanjang hari dengan kegunaan harian.


Harga :


Sumber : Amanz

6 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.