PRU 11 : 2004 : Kemenangan Besar Barisan Nasional



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 diadakan di Malaysia pada 21 Mac 2004 setelah Parlimen dibubarkan pada 4 Mac 2004 diikuti dengan hari penamaan calon sembilan hari selepas tarikh tersebut. Hari pembuangan undi pula berlangsung pada 21 Mac 2004. Penyandang kerajaan (Barisan Nasional) yang diketuai oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dipilih semula dengan majoriti yang terbesar sejak 1978.

Pada 2 Mac, Parlimen Malaysia dan semua dewan undangan negeri (kecuali Sarawak) dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Pengecualian Sarawak disebabkan pilihan raya negerinya yang terakhir telah diadakan pada tahun 2001 dan oleh itu, pilihan raya yang berikut tidak cukup tempoh sehingga 2006.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 diadakan sembilan bulan lebih awal daripada keperluan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia memerlukan Parlimen untuk memperoleh mandat yang baru setiap lima tahun, dan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas parlimen dibubarkan. Oleh itu, kerajaan Malaysia mempunyai masa sehingga akhir November 2004 untuk mengadakan pilihan raya umumnya.



Pencalonan diadakan pada 13 Mac, dengan Barisan Nasional memenangi 15 kerusi tanpa pertandingan, dengan lagi dua kerusi tambahan selepas calon-calon pembangkang menarik diri. Hak untuk menarik diri hanya diperkenalkan sebagai satu peraturan baru dalam pilihan raya ini. Di bawah peraturan ini, seseorang calon dibenarkan menarik diri dalam tempoh tiga hari selepas hari pencalonan. Daripada 17 kerusi parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional tanpa pertandingan, sembilan kerusi adalah dari negeri Sabah, enam dari Sarawak, dan dua lagi dari Johor.

PAS memenangi satu kerusi dewan undangan negeri di Johor buat pertama kali, selepas seorang calon Barisan Nasional tidak melayakkan diri kerana penyokong pencalonannya bukannya seorang pengundi yang berdaftar di kawasan pilihan rayanya. Keperluan untuk penyokong berdaftar dalam kawasan pilihan raya yang sama hanya diperkenalkan pada tahun 2004.

Pilihan raya ini merupakan pilihan raya pertama selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003.

Keputusan Pilihan Raya 

Barisan Nasional (BN) mencapai kenaikan undi popular sebanyak 63.9%, tetapi sepatutnya mendapat undi yang lebih tinggi sekiranya kesemua kerusi dipertandingkan. Laporan dalam media Malaysia pada 23 Mac menunjukkan BN memenangi 198 kerusi parlimen berbanding 20 kerusi gabungan parti pembangkang, dengan satu calon bebas. Ini merupakan majoriti terbesar sejak pilihan raya 1978.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama dalam Barisan Nasional, memenangi 109 kerusi, iaitu satu kenaikan sebanyak 32 kerusi. Parti-parti sekutu UMNO juga memperoleh kenaikan bilangan kerusi, dengan Persatuan Cina Malaysia (MCA) memenangi 31 kerusi, iaitu kenaikan 2 kerusi, dan Kongres India Se-Malaysia (MIC) memenangi 9 kerusi, iaitu kenaikan 2 kerusi juga.



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hanya dapat mengekalkan tujuh daripada 27 kerusinya. PAS bertanding berdasarkan manifesto yang berjanji sebuah negara Islam. Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketua pembangkang PAS, gagal untuk mengekalkan kerusi parlimennya.

Parti Keadilan, lagi sebuah parti pembangkang, gagal untuk mengekalkan empat daripada lima kerusinya. Selepas pengiraan semula sebanyak lima kali, ketua parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim), mengekalkan kerusinya dengan majoriti sebanyak 590 undi.

Parti Tindakan Demokratik (DAP), parti pembangkang yang ditewaskan dengan begitu teruk dalam pilihan raya 1999, memperbaik prestasinya dengan pemilihan semula pengerusinya Lim Kit Siang serta timbalannya, Karpal Singh. DAP memenangi 12 kerusi dan memperoleh semula kepimpinan pembangkang yang rasmi dalam parlimen negara daripada PAS.

Kebanyakan calon yang berkempen atas persoalan-persoalan Islam kalah kerusi mereka. Ini adalah satu patah balik yang utama berbanding pilihan raya yang lalu yang secara amnya, calon-calon yang lebih bersifat Islam mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang di tanah air orang Melayu ini.

Pilihan raya untuk dewan undangan negeri bagi semua negeri kecuali Sarawak juga diadakan pada 22 Mac. Barisan Nasional menang dengan majoriti di semua negeri kecuali Kelantan. Walaupun terdapat laporan-laporan awal yang berbeza, PAS dapat mengekalkan kuasanya di negeri Kelantan dengan majoriti yang kecil sebanyak 2 kerusi, iaitu 24 kerusi PAS berbanding 21 kerusi Barisan Nasional. Barisan Nasional memperoleh semula kuasanya di negeri Terengganu yang dikalah kepada PAS pada tahun 1999. Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketua pembangkang PAS, berjaya mengekalkan kerusi negerinya.

Sekian

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post