17 Mei 2018

Satu Malam Beliau Teliti Lebih 200 Dokumen - Tun Dr Siti Hasmah



Assalamualaikum dan salam sejahtera



"Saya risaukan kesihatan Tun yang tak cukup tidur, waktu tidur beliau digunakan untuk teliti setiap dokumen kerajaan, dalam satu malam beliau teliti lebih 200 dokumen sehingga 4-5 pagi, 7 pagi beliau sudah ada di pejabat." - Tun Dr. Siti Hasmah 


Perdana Menteri ke 7, Tun Dr Mahathir merupakan seorang yang sangat "workaholic", beliau sangat kuat bekerja. Kenyataan di atas yang dikeluarkan oleh Tun Dr Siti Hasmah, isteri beliau membuktikan bahawa beliau masih kuat bekerja sehingga saat ini. Siapa sangka, seorang yang berusia lebih 90 tahun masih lagi bekerja keras?

Sebagai anak muda yang berumur linkungan 20-an, aku berasa sangatlah malu apabila seorang yang sudah lanjut usia masih lagi ligat bekerja manakala pemuda yang masih kuat kudratnya masih malas nak bekerja dan hanya goyang kaki di rumah. Bayangkan, beliau memilih untuk bekerja menyelamatkan negara berbanding pilihan lain iaitu berehat di rumah bersama anak dan cucu.

Apabila melihat ketekunan dan kerajinan Tun dalam bekerja, ia sedikit sebanyak memberikan inspirasi untuk anak muda dan seluruh rakyat Malaysia untuk berterusan memberikan fokus dan tenaga upaya dalam bekerja. Tiada alasan yang boleh diberikan di dalam bekerja. Sememangnya tidak salah pilihan aku untuk menjadikan Tun sebagai salah seorang role model.

Sekian.

Sumber : Instagram Chedetofficial.


5 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.