Ultra Slim Fit Shell Hard Plastic Full Protective Anti-Scratch Resistant Cover case



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Aku merupakan seorang pengumpul casing smartphone. Sejak dari lepas SPM sehingga sekarang, aku suka mengumpul casing mengikut jenis smartphone  yang aku ada ketika itu. Contohnya, sebelum ini aku menggunakan Redmi 4X, maka aku ada lebih daripada 10 casing bagi jenis yang sesuai dengan Redmi 4X.

Sekarang aku menggunakan Huawei Nova Lite atau nama lainnya Huawei P8 Lite 2017. >> Lihat Sini << . Jenis smartphone ini agak sukar untuk mencari casing  di dalam pasaran Malaysia. Semua kedai yang menjual aksesori smartphone di Shah Alam sudah aku terjah, tetapi hany ada pilihan yang terlalu girlish dan juga KPOP. Memang tidak sesuai dengan aku.


Alhamdulillah, akhirnya aku ada jumpa satu kdai yang menjual casing dengan harga yang sesuai dengan bajet. Untuk membeli di laman web seperti Lazada perlukan rasa percaya atau yakin dengan barnag yang sudah dibeli. Sebab kadang-kadang ada barang yang dibeli bila sampai rupanya berbeza. Walaupun boleh dipulang kembali atau menerima wang semula tetapi lebih baik kita berjaga-jaga dalam membeli.


Melihat kepada review dan rating pada produk ini yang bagus membuatkan aku membeli tanpa menyoal lebih jauh. Walaupun masih ada rasa sangsi sebab sudah ramai yang terkena apabila membeli secara online.

Alhamdulillah, aku bernasib baik kerana barang yang dibeli mempunyai kualiti yang sangat baik. Warna pun cantik dan sesuai dengan warna tema blog ini. Haha. Aku memang suka warna biru. Tidak kisah sama ada biru tua mahupun biru yang lebih muda, asalkan bijak menjadi kerajaan. Eh? Haha.





Barang dibungkus dengan begitu rapi dan tersimpan elok di dalam kotak yang disediakan. Aku sangat berpuas hati. In shaa Allah pada masa akan datang aku akan beli lagi tetapi warna yang lain pula. Alhamdulillah.

Sekian.

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post