10 Rumah Paling Luar Biasa di Dunia



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Mempunyai rumah yang menarik , cantik dan bersih merupakan impian setiap orang. Dari zaman dahulu sehingga kini, manusia telah bermula tinggal di gua, pondok sehinggalah kepada rumah teres, rumah flat dan sebagainya.

Di zaman kini, dengan arus kemodenan, manusia mula berfikir dengan cara lebih kreatif dalam mencipta rumah.

1. Transparent House, Japan (Rumah Lutsinar)




Diilhamkan oleh nenek moyang kita terdahulu , yang mana dahulunya tinggal di atas pokok, rumah Lutsinar "House NA" di Jepun ini menawarkan lebih banyak cahayadi waktu siang tetapi sedikit kurang privasi.

Direka oleh  : Sou Fujimoto Architects

2. Skateboard House, USA (Rumah Skateboard)




Rumah Skateboard ini memberikan anda peluang untuk meluncur di semua permukaan rumah iaitu di dalam dan di luar rumah. Rumah Skateboard ini telah dirancang untuk di bina di Malibu , USA.

Direka oleh : Pierre Andre Senizergues

3. World’s Slimmest House, Poland (Rumah Paling Kurus)





The Keret House merupakan rumah yang tersepit diantara dua bangunan, dengan lebarnya hanya dari 92 cm ke 152 cm sahaja!

Direka oleh : Jakub Szczesny

4. Old Water Tower Turned Into Modern Home, Belgium 
(Tangki Air menjadi Rumah Moden)





Sebuah tangki air setinggi 100 meter di Belgium yang mana sebelum ini berfungsi sebagai tepat persembunyian Nazi ketika perang , kemudiannya telah diubahsuai menjadi rumah untuk didiami.

Direka oleh : Bham Design Studio

5. Dick Clark’s Flintstones Inspired Home, USA
(Rumah Ilham dari siri kartun Flintstones)




Rumah satu tingkat di Malibu ini telah diilhamkan oleh siri kartun klasik zaman 60-an, Flinstones family. Rumah ini dimiliki oleh Dirk Clark dengan harga $3.5 juta USD.

6. World’s Smallest 1sq Meter House, Germany
(Rumah Paling Kecil di Dunia)





Rumah yang boleh dipindah-pindahkan ini hanya berukuran 1 meter2 dan merupakan rumah paling kecil di dunia, berpindah di sekitar negara Jerman.

Direka oleh : Van Bo Le-Mentzel


7. Slide House, Japan (Rumah Gelongsor)




Rumah  tiga tingkat ini mempunyai tangga seperti biasa di satu bahagian manakala di bahagian satu lagi menggunakan gelongsor, yang membolehkan anda untuk gelonsor dari atas ke tingkat bawah.

Direka oleh : LEVEL Architects

8. Stone House,Portugal (Rumah Batu)




Walaupun ianya kelihatan seperti batu gergasi besar, rumah yang terletak di Portugal ini sebenarnya mempunyai pintu, tingkap dan sebagainya lantas menjadi salah satu tenpat tarikan pelancong.

Kredit Imej : Jsome1 | Patricia Sofia Ferreira Photography

9. Church Converted Into Modern Family Home, Holland 
(Gereja diubahsuai menjadi Rumah Moden)





Zecc Architecten mengubahsuai dan membaikpulih dua gereja yang ditinggalkan yang terletak di Netherlands kepada sebuah tempat kediaman yang menarik. 

Direka oleh : Zecc Architecten

10. Giant Seashell House, Mexico (Rumah Lokan Gergasi)





Diilhamkan oleh hasil kerja Gaudi dan Frank Lloyd Wright, sebuah keluarga dengan dua kanak-kanak di Mexico City telah membina sebuah rumah berbentuk lokan untuk mereka. 

Direka oleh : Arquitectura Organica

Sekian

Sumber : Bored Panda

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post