26 Jun 2018

18 Laman Web Cari Kerja Terbaik 2018



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Anda masih belum mempunyai kerja? Masih mencari kerja yang sesuai untuk anda? Entri kali ini adalah berkenaan laman web yang menawarkan pencarian kerjaya untuk mereka yang masih belum mempunyai kerja.

Pada zaman kini, mencari kerja merupakan satu tugas yang sangat getir, jadi kepada mereka yang baru sahaja bergraduasi dan tamat pengajian , anda bolehlah mencari pekerjaan yang anda inginkan di laman-laman web berikut.

1. Jobstreet

Nama yang tidak asing lagi dalam dunia mencari kerja alam maya, mempunyai rangkaian yang luas dan pilihan pekerjaan yang sangat besar. Syarikat daripada dalam dan luar negara bertumpu di sini, jadi antara laman web yang perlu untuk mereka yang serious dalam mencari kerja di alam maya ini.

JobStreet merupakan laman web sumber kerjaya dan ianya merupakan satu portal pekerjaan terawal ditubuhkan di Malaysia. Bermula pada tahun 1997, JobStreet kini adalah syarikat pekerjaan online yang terbesar di Southesast Asia. Bagi graduan baru yang masih mencari-cari pekerjaan dan tidak tahu di mana untuk bermula, maka JobStreet merupakan platform yang terbaik buat anda. Menurut kajian dari JobStreet.com, lebih 80% daripada majikan telah mengambil graduan baru untuk memberikan peluang pekerjaan pada tahun 2014.

2. JobsDB

Tidak kurang hebatnya, mempunyai syarikat dalam dan luar negara bertumpu di sini dan memudahkan para pencari kerja sekalian. Apapun, JobsDB antara pilihan yang baik untuk para pencari kerja sekalian jika merasakan anda tidak mendapat sebarang respon daripada Jobstreet, kenapa tidak mahu mencuba JobsDB?

3. Jobsmalaysia

Laman web ini lebih banyak mengiklankan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan atau kerja-kerja kerajaan sendiri. Adakalanya, bakal penjawat awam seperti guru perlu memohon di Jobsmalaysia sebagai syarat kemasukan, juga jawatan-jawatan kerajaan yang lain. Jika anda berhajat untuk bekerja di sektor kerajaan, Jobsmalaysia adalah antara tempat wajib yang anda perlu isi.

4. Starjobs

"Macam pernah lihat, tapi di mana ya?"

Bukan anda, saya juga begitu, , jika anda pernah membaca The Star, Starjobs ini merupakan salah satu platform online untuk akhbar harian The Star. Masih tidak sepopular Jobstreet tetapi masih banyak ruang pekerjaan yang ditawarkan. Sekali lagi, silakan mencuba di starjobs, mungkin ada syarikat yang menunggu anda di sana.

5. SPA Malaysia

Laman web kerajaan yang lebih fokus kepada pencari pekerjaan dalam sektor Perkhidmatan Awam. Web ini khusus untuk mereka yang ingin mencari pekerjaan di sektor kerajaan. Pencari kerja "job seekers" perlu ingat, anda perlu mengemaskini permohonan paling kurang sebulan sekali untuk laman web ini untuk mendapat panggilan interview yang lebih cerah.

6. Monster

Antara laman pencari pekerjaan alternatif selain yang disebutkan di atas, apapun boleh mencuba sebagai salah satu ikhtiar untuk mencari pekerjaan.



7. JenJobs

Antara laman pencari pekerjaan yang popular, seperti laman web lainnya, mereka menyediakan banyak peluang pekerjaan dari berbagai sektor. Boleh ke link untuk mencuba.

8. BestJobs

Antara web yang boleh dilayari juga, banyak peluang pekerjaan dan mempunyai interface yang menarik.

9. Indeed

Boleh mencuba web site ini, harap boleh memberi anda pekerjaan yang anda minta.

10. ReferJobs.my

ReferJobs.my merupakan platform buat anda dimana, pekerjaan yang mempunyai kekosongan akan disenaraikan dalam data mereka khusus  buat mereka yang sedang mencari pekerjaan. Perkara yang paling bagus adalah, sekiranya individu tersebut mendapat pekerjaan, anda akan mendapat ganjaran kewangan.

11. Wobb.my

Wobb.my atau Wobb (Working On Bean Bags) bukan platform mencari kerja yang biasa. Laman web ini menyenaraikan beberapa majikan yang dilakukan pasukan mereka sendiri. Buat mereka yang sedang mencari pekerjaan, mereka diberi peluang untuk melihat sendiri kawasan di pejabat dan juga boleh melihat dengan lebih dekat budaya mereka sebelum menghantar permohonon tersebut.

Pada awal tahun ini, pasukan ini telah mengeluarkan satu aplikasi mudah alih. Antara fungsi aplikasi ini adalah memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari kerja di mana sahaja. Perkara ini amat mudah dilakukan, daripada anda membuang masa dengan melalui proses yang agak membosankan menghantar resume dan mengisi borang permohonan. Namun, dengan aplikasi Wobb akan menyampaikan resume kepada syarikat pilihan anda sendiri.

12. SkootJobs.com

Scoot merupakan platform dimana mereka mengambil pekerja yang ingin bekerja separuh masa, tahap kemasukan dan graduan baru di Malaysia. Sebagai permulaan, anda boleh memuat naik resume di Scoot, namun mereka mempunyai peraturan mereka sendiri. Iaitu membuat resume secara ringkas untuk memudahkan proses permohonan, serta majikan lebih mudah mengenali tentang latar belakang anda.

Platfrom ini adalah salah satu kemudahan buat mereka supaya tidak perlu lagi bersusah-payah untuk melalui proses seperti “pm saya” yang sering tertera di Facebook dan sebagainya.

13. JOBi

Jobi adalah satu platform yang memberi peluang kepada anda untuk mencari pekerjaan dengan lebih baik dan mudah. Mereka menawarkan tiga jenis pekerjaan, seperti Part Time, Internship dan sukarelawan. Platform ini juga merupakan mesra pengguna dan setiap kerja menyediakan maklumat yang khusus seperti gaji setiap jam atau bulanan dan juga waktu bekerja. Supaya mereka yang sedang mencari pekerjaan tahu pada waktu bila yang sesuai untuk mencari kerja.

14. TribeHired

TribeHired merupakan platfrom dimana syarikat sentiasa bersaing untuk mengambil pekerja yang berbakat dan yang terbaik. Pada setiap minggu, TribeHired mencari seramai 100 orang yang berbakat untuk bekerja. Majikan juga boleh memainkan video daripada data mereka yang mempunyai peluang yang cerah dan berpotensi untuk diterima kerja. Selain itu, mereka yang masih mencari pekerjaan, mereka diberi peluang untuk melihat dan mengambil mana-mana tawaran yang ditawarkan untuk hadir ke sesi temu duga.

15. Startup Jobs Asia

Startup Jobs Asia merupakan salah satu platform untuk membantu syarikat yang ingin membuka perniagaan di Asia. Startup Jobs Asia juga dicipta setelah melihat cabaran dan bakat baru buat anak-anak muda yang ingin membuka perniagaan sendiri di Asia.

Jika anda berminat untuk menyertai cabaran dan keseronokan bekerja dalam persekitaran yang baru, dan bukannya sebuah syarikat multinasional, maka Startup Jobs Asia merupakan platform terbaik untuk anda.

16. Wowintro

Wowintro adalah online platform dimana, mereka yang sedang mencari kerja akan mempamerkan diri mereka melalui video selama 30 saat. Perkara ini sangat berbeza dengan syarikat-syarikat yang lain yang masih menggunakn resume. Ini merupakan satu kelebihan mereka diberi peluang untuk mempamerkan kekuatan dan kemahiran berkomunikasi sebelum mengambil mereka untuk bekerja. Dengan adanya Wowintro, anda tidak perlu lagi risau untuk mencari berpuluh-puluh pekerjaan, kerana disini terdapat peluang yang luas buat anda.

17.  Intern.my

Intern.my merupakan salah satu peluang yang terdapat di Malaysia untuk membantu pelajar-pelajar. Platform ini adalah sesuai untuk pelajar di luar sana yang sedang mencari peluang untuk praktikal sebelum melakukan pekerjaan sepenuh masa. Namun, setiap pekerjaan yang diberikan akan diberi elaun bulanan kepada anda.

18. MauKerja.my

MauKerja adalah satu platform cari kerja kosong online yang menawarkan ribuan jawatan kosong dari sektor swasta mahupun kerajaan di Malaysia untuk memudahkan warga Malaysia untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Dikategorikan mengikut negeri untuk memudahkan pencarian anda.




Sememangnya, masih banyak lagi laman web yang khas untuk mencari pekerjaan, tetapi yang tersenarai di atas adalah yang paling popular dan sering dikunjungi. Jika anda ada web lain untuk mencari pekerjaan, bolehlah tinggalkan di laman bawah. Apapun, jika anda tidak mendapat sebarang jawapan di salah satu daripada web tersebut, anda boleh menggunakan web lain untuk mencari pekerjaan.



Sekian

6 ulasan:

  1. Nice sharing.. Yang penting kena rajin explore..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. kena rajin explore dan cari..

      Padam
  2. banyak juga ye, guna jobstreet dengan maukerja je selama ni

    BalasPadam
  3. terbaek.. skang susah nak dpt kerja..

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.