4 Jenis Benda Yang Sering Dihuni Hantu



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Untuk pengetahuan semua pembaca, makhluk halus atau lebih senang dipanggil sebagai hantu ini boleh tinggal bukan sahaja di dalam rumah, malah beberapa benda bukan hidup yang lain juga boleh menjadi tempat tinggal hantu. Justeru itu, kononnya ia lebih menyeramkan berbanding tinggal di rumah kosong. Apakah benda-benda yang biasanya dihuni oleh hantu? Jom ketahuinya dengan membaca artikel ini lebih lanjut.

 1. Lukisan



Lukisan yang sering dirasuki oleh hantu rata-rata biasanya berbentuk gambar manusia. Tetapi ada kemungkinan juga mereka suka tinggal di dalam lukisan yang bergambar binatang. Untuk pengetahuan anda semua pembaca kisahseram.com, jika lukisan itu sudah dihuni oleh makhluk halus, ia akan mengeluarkan aura aneh. Bukan itu sahaja, malah lukisan itu juga boleh bergerak, berpindah tempat dengan sendiri bahkan dikatakan ada sesetengah lukisan boleh melirik kepada orang yang memandangnya.


2. Gambar



Sama halnya dengan lukisan, gambar juga mempunyai tenaga yang boleh dimanfaatkan oleh makhluk halus. Makhluk halus ini boleh muncul di tengah-tengah kita ketika mengambil gambar. Lebih-lebih lagi sekiranya tempat kita mengambil gambar itu dipercayai ‘keras’ dan penuh mistik. Justeru tidak hairanlah jika ramai orang yang sering mendapat gambar penampakan hantu ketika melihat hasilnya.


3. Cermin 


Cermin adalah tempat yang sering dihuni oleh hantu. Ini kerana cermin dipercayai menjadi perantara yang dapat menghubungkan antara dunia ghaib dengan dunia manusia. Makanya, dahulu kala penyihir atau peramal seringkali menggunakan cermin sebagai medium untuk menyeru syaitan atau hal-hal yang berbaur mistik.

4. Anak Patung 



Hantu memang suka tinggal atau merasuki beberapa anak patung seperti anak patung Annabelle. Anak patung dipercayai boleh menjadi tempat tinggal hantu dan dikatakan bahawa hantu suka tinggal di dalam anak patung kerana bentuknya yang mirip seperti manusia. Selain itu, anak patung juga tidak memiliki jiwa sehingga boleh dikendalikan sesuka hati. Anak patung yang telah dirasuki oleh hantu biasanya suka bergerak secara tiba-tiba, menangis bahkan boleh ketawa terutamanya pada waktu tengah malam.

Sumber : KisahSeram.com

10 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. lukisan boleh melirik kepada orang yang memandangnya. Yang ni betul, aku pernah alaminya sendiri. Lukisan wajah orang. Orang tu dah meninggal lebih 1oo tahun dulu. Bila pandang tepat, pandang lama-lama, wajah orang tu akan senyum dan matanya melirik ke arah kita.Makin lama, senyumannya tadi bertukar menjadi menyeringgai, berupa gigi-gigi tajam lagi menakutkan. Kalau lemah semangat boleh histeria. Nasihat saya saya simpan lukisan macam ni, buang saja, walaupun bernilai

    ReplyDelete
  2. Yang no 2 tu ika percaya sebab ika pernah ada pengalaman sendiri. Which is, ada sesuatu dekat gambar ika. sedar lepas seminggu peram gambar dlm folder phone. 4 gmbar semua ada cumanya dia dekat dgn jauh saja huhu.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/06/book-review-videotape-by-adib-zaini.html

    ReplyDelete
  3. Zumal yang penakut ni bertambah takut tau. Tambahan pula kedai zumal banyak lukisan lama, barang-barang lama yang nampak seram...

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post