9 Jun 2018

Berbuka Puasa di Restoran Kitchen Pot's, Kajang



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Baru- baru ini , aku sekeluarga telah berbuka puasa di salah satu restoran yang terletak di Kajang, Selangor. Restoran itu adalah Restoran Kitchen Pot's. Macam mana boleh terdetiknya hati nak berbuka puasa di sini? Sebenarnya sebelum ini sudah beberapa kali aku dan mak saudara aku yang tinggal di Kajang makan di restoran ini.Sebelum ini hanya aku dan mak saudara aku sahaja , tetapi kali ini bersama ahli keluarga yang lain.

Suasana di dalam restoran ( Gambar ihsan facebook Kitchen Pot's )

Apa yang menarik adalah restoran ini bersih. Itu adalah keutamaan bagi sesiapa yang sangat pentingkan kebersihan. Selain itu, dekorasi dan susunan meja yang tersusun serta menarik. Lokasi resotran ini juga tidaklah terlampau susah untuk dicari kerana ianya terletak betul-betul dibahagian tepi jaringan kedai di kawasan itu.


Untuk pilihan makanan, malam itu kami memilih set makan untuk keluarga iaitu sesuai untuk 4 sehingga 6 orang pengunjung. Ada beberapa menu di dalam set tersebut yang sangat menyelerakan dengan hanya menyebut menu sahaja.

Antara menu di dalam set makan tersebut.

Salad sayur dan buah.




Hidagan utama : ASAM PEDAS

Di dalam set tersebut , hidangan utamanya adalah asam pedas , jenis ikan yang boleh dipilih adalah ikan pari, ikan merah dan satu lagi aku lupa ikan apa. Menu sampingan adalah seperti sotong goreng, papadom, salad buah , telur masin dan juga sambal belacan. 

Kami juga menambah dua lagi menu sebagai makanan tambahan.


Fish and Chips


Chicken Pots

Secara keseluruhannya, makanan dan menunya sedap dan berpatutan dengan harganya. Lokasi yang senang untuk dikunjungi. Kepada anda yang datang ke Kajang , singgahlah ke restoran ini. Untuk bulan puasa, restoran ini dibuka pada 4 Petang sehingga 2 Pagi.

Alamat : 18G, Jalan Reko Sentral 8, Reko Sentral, 43000 Kajang , Selangor Malaysia.

Sekian.

6 ulasan:

  1. Hari2 berbuka puasa kat rumah aje.
    Pn is3 jadi chef.

    BalasPadam
  2. Nampak sedap la. Setakat ini tak pernah berbuka dekat luar pun lagi

    BalasPadam
  3. Asam pedas dia mesti sedap kan.. ;)

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.