Bunga Untuk Hantaran Majlis Pertunangan



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri kali ini adalah entri yang penuh dengan bunga yang bewarna warni. Aku bukanlah peminat bunga. Tetapi kali ini entri ini penuh dengan bunga. Mungkin mata anda akan segar selepas melihat bunga-bunga palsu ini.



Pada hari sabtu yang lalu , aku sekeluarga telah berkunjung ke satu kedai yang menjual barangan bunga dan sebagainya. Kedai ini terletak di Padang Serai , Kedah. Tujuan utamanya? Bukanlah untuk menghias rumah bersempena raya, tetapi ianya merupakan persiapan bagi hantaran untuk majlis pertunangan.



In shaa Allah, pada raya ke 4 nanti , satu majlis pertunangan secara sederhana akan dilangsungkan di rumah aku. Persiapan mengenai dekorasi tidak berapa penting sangat. Yang perlu diberi perhatian adalah hantaran untuk majlis pertunangan itu nanti.



Majlis ini hanyalah sederhana sahaja , tiada sebarang khemah atau sambutan besar-besaran di adakan. Sambutan besar-besaran hanya akan dijalankan pada majlis kenduri nanti, iaitu in shaa Allah akan dilangsungkan pada hujung tahun ini. In shaa Allah.



Banyak kan bunga-bunga yang menarik? Rambang mata melihat semua bunga-bunga yang ada. Alhamdulillah , harga pun berpatutan, tambahan pula , kedai ini membuat promosi bagi musim perayaan. Harga lebih murah juga diberikan kepada mereka yang menjadi ahli.







Siapa yang bertunang nanti? Sudah semestinya bukan aku. Sebab aku masih muda dan masih mencari erti hidup yang sebenar. Yang akan bertunang nanti adalah kakak aku, iaitu satu-satunya kakak yang aku ada dalam dunia ini. Dia akan bertunang dengan seseorang yang dia kenal sejak zaman sekolah lagi.


In shaa Allah nanti aku akan update tentang persiapan yang lain untuk majlis pertunangan ini. Seronok bila kita dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana proses majlis pertunangan itu berlaku.

Sekian

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post