5 Jun 2018

Ikut Adik Daftar di UiTM Dengkil, Selangor



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Untuk pengetahuan semua , adik aku baru sahaja tamat SPM pada tahun lepas dan sekarang sudah pun mendapat tempat untuk meneruskan pelajaran. Adik aku dapat tawaran Asasi Undang-Undang di UiTM Dengkil,Selangor.

Kalau sebelum ini pada tahun 2013, itulah tahun pertama aku jejakkan kaki ke menara gading. Tinggal di asrama bukanlah satu perkara asing sebab aku sekolah menengah di sekolah berasrama penuh cuma yang membezakan ialah tiada pengawasan yang ketat terhadap diri kita. 

Kalau di sekolah , kita ada warden dan cikgu sebagainya yang mengawal kita di sekolah , yang membentuk jati diri kita tetapi bila di menara gading, semuanya bebas. Nak keluar ke mana-mana tiada halangan. Nak pergi kelas ke , nak ponteng kelas ke atau nak tengok wayang , suka hati andalah. Itu yang berbeza.

Adik aku ini merupakan bekas pelajar MRSM Tun Ghafar Baba di Jasin, Melaka. Sebenarnya aku tak tahu apa yang dia minat. Tup Tup dapat Asasi Undang-Undang. Ibu bapa aku? Semestinya mereka bangga dan suka dengan pilihan yang dibuat oleh adik aku. Berbeza ketika aku memutuskan nak sambung Muzik, mereka agak berbelah bahagi.

Sekian.

11 ulasan:

  1. Tahniah tuk adik Ril, apa pun bidang yg diminati, yg penting ksungguhan, insyaallah setiap bidang ada rezeki nya masing2

    BalasPadam
  2. woww undang undang daebakk! goodluck adik Aeril!

    BalasPadam
  3. woww undang undang daebakk! goodluck adik Aeril!

    BalasPadam
  4. tahniah sebab dapat sambung belajar

    BalasPadam
  5. Bekas pelajar abe kie pun masuk asasi law d dengkil tu. Memang lepasan2 spm yg cemerlang je masuk ke situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betull.. sebab susah nak masuk asasi..

      Padam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.